Monday, May 19, 2014

Daripada Sa'di (c.1210M - 1291M)







PERIHAL SANG KAYA DAN SANG PAPA


      Jangan engkau anggap maruah tidak sehebat kedaulatan, dan tidak ada Negara bebas daripada mempedulikan rakyatnya melainkan kepada golongan darwis.



       Mereka yang kurang membawa bebanan akan tiba lebih dahulu ke destinasi.




       Sang miskin menderita kerana kekurangan makanan; manakala sang penguasa pula dengan tanggungjawab terhadap negaranya.



        Satu pihak menjadi penguasa dan satu pihak lagi menjadi rakyat. Penguasa mungkin akan disanjung setinggi Zuhal, manakala rakyat mungkin terpuruk di dalam penjara.



        Bila dua golongan ini meninggal dunia, tidak dapat dikenal pasti bagaimana kedudukan mereka di alam barzakh.



[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad]



Monday, May 05, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)

LELAKI DAN SERIGALA

         Seorang lelaki memelihara seekor anak serigala. Tanpa diduga, setelah serigala itu besar dan kuat serigala itu merobek tubuh sang pemelihara.

         Tatkala itu datang seorang pendeta dan berkata kepada sang lelaki, "Kamu sepatutnya tidak alami kecederaan seperti ini, kerana kamulah yang memelihara dengan baik musuh kamu itu."

         Kami tentunya sangat mahu hendak mengangkat muka kerana selama ini kami berbaik dengan syaitan dan bermusuh dengan Allah.

         Sahabat engkau tidak lagi mengaku sahabat, bila engkau bersekongkol dengan musuhnya.

         Orang yang tinggal serumah dengan musuh, selayaknya dia menjadi renggang dengan sahabatnya.


[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad]