CIK WAN KEMBANG MENDAPAT "SITI"CIK WAN KEMBANG memerintah Kelantan, bersemayam di Gunung Cinta Wangsa. Kemakmurannya tersebar luas dan ramai pedagang datang ke negeri ini.
******
Inilah bagaimana asal mula 
Cik Wan Kembang dikenali sebagai 
Cik SITI Wan Kembang******"Setelah 
Syahibul Asyraq mendengar hal itu maka masuklah is mengadap 
Cik Wan Kembang dengan membawa persembahan kain-kain perbuatan Terengganu yang cantik-cantik serta mahal harganya. Di dalam percakapannya dengan 
Cik Wan Kembang itulah Syahibul Asyraq berbahasa memanggil "Siti" kepadanya, kerana perkataan 
"Siti" itu bererti 
"tuan" (perempuan) yang layak digelarkan kepada seorang perempuan yang mula-mula jadi 
Raja pemerintah negeri. Sehingga terlekatlah dengan panggilan 
"Cik Siti" sampai ke merata-rata daerah terutama di sebelah hiliran negeri."
******
[ Petikan dari buku 
SEJARAH KELANTAN, karangan 
Arifin bin Abdul Rashid, Terbitan 
Pustaka Al-Ahliah, Kota Bharu, 1962, halaman19 ]
******NOTA TAMBAHAN :
Cik Siti Wan Kembang dilantik menjadi Raja Perempuan Kelantan pada tahun 1610 M / 1018 H dan bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, di Ulu Kelantan. Ayahandanya ialah
 Sultan Ahmad (1548-1580) dan bondanya ialah 
Che' Banun. Sultan Ahmad meninggal tatkala Cik Wan Kembang berusia empat tahun. Oleh kerana Cik Wan Kembang masih kanak-kanak, pemerintahan diserahkan 
kepada Raja Husain, sepupu Che Banun (berasal dari Johor) dengan gelaran Sultan Husain Pemangku Raja (1580-1610). Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan mulai 1610-1677.
[ Sumber : 
Detik-Detik Sejarah Kelantan, Sa'ad Shukri bin Haji Muda, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 1971, halaman 34 ]
******(PERINGATAN :Tulisan dalam blog ini hanya berkaitan dengan asal mula penggunaan SITI pada nama CIK SITI WAN KEMBANG sahaja. Ia tidak melibatkan penggunaan pada individu lain sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati.) <>