CINCIN ABDUL AZIZ
Abdul Aziz (seorang Raja) mempunyai sebentuk cincin yang dihiasi dengan mutiara yang mahal harganya. Tiba-tiba negerinya dilanda kemarau panjang dan ini menyebabkan rakyatnya mengalami kesusahan. Sang Raja memerintahkan mutiaranya dijual dan wangnya dibahagikan kepada rakyatnya yang menderita.
Ada orang berkata kepada sang Raja, "Tuanku tidak akan dapat menemui mutiara seperti itu lagi."
Sang Raja menjawab, "Mutiara itu jelik berbanding dengan perderitaan rakyat yang mengalami kesusahan. Lebih baik aku mempunyai cincin tanpa permata berbanding dengan kesedihan rakyat."
Kebahagian bagi seseorang itu, bila dia dapat menyenangkan orang lain. Kepuasan yang sebenar ialah menikmati kepuasan bukan di atas penderitaan orang lain.
[Terjemahan teks : Darma Mohammad]