Thursday, July 27, 2006

TARIKH HIJRI-MASIHI


Tidak ramai orang mengetahui tarikh lahir atau tarikh-tarikh penting yang lain yang berkaitan dengan diri masing-masing dalam HIJRI (Mengikut kalendar Islam). Sekarang sudah tidak menjadi maslah lagi. Saya memiliki dua buah buku yang mampu memecahkan kebuntuan sesiapa saja yang ingin mengetahui HARI BULAN, BULAN dan TAHUN HIJRIAH; asalkan anda ada catatan tarikh peristiwa penting dalam kalendar Masihi.
Inilah buku-buku yang saya maksudkan.
JADUAL TARIKH, BULAN DAN TAHUN HIJRI-MASIHI
(Jilid 15 dan Jilid 16)
Oleh : RAJA HARON BIN RAJA MOHAMMAD SALLEH
Diteliti Oleh : HJ.WAN MOHD.SHAGHIR ABDULLAH
Diterbitkan : PERSATUAN PENGKAJI KHAZANAH KLASIK
NUSANTARA & KHAZANAH FATHANIYAH
KUALA LUMPUR.
Tahun Terbit : 1422H / 2001 M.

Saya memohon izin kepada penulis dan penerbit buku ini untuk memberi contoh kepada orang yang berminat. Katakan tarikh lahir seperti berikut :
12 Jun 1946 -----------13 Rajab 1365 H (Rabu)
29 November 1951-----18 Muharram 1370 H (Ahad)
08 Ogos 1960----------15 Safar 1380 H (Isnin)
Jika anda berminat untuk mengetahui tarikh Hijri, saya sedia membantu dengan membuat rujukan kepada buku-buku di atas.
Terima kasih kepada penulis dan penerbit buku yang sangat bernilai ini.

Monday, July 24, 2006

SINGING WITH A FISH (5)


A CLUSTER OF ROARS

The spike of brutality

impales across the land

crushing human souls.

The hapless children

are hoarding

:

Blood.Bones.Tears. Books. Corpses. Stones. Skeletons. CDs. Prayers.

Flesh.Glasses. Robes. Grief. Balls. Bread. Misery. Pens. Water.

Baloons. Heat. Cries. Love. Sorrows. Hate. Flowers. Pillows.

Thirst. Kiss. Hunger. Killing. Photos. Skies. Blanket.

Rubble. Rubbish. Loneliness. Bloodlust.

Peace. Peace. Peace.

Peace.

:

YET CRUELTY CONTINUOUS.

---------------------------------

[by DARMA MOHAMMAD]


Thursday, July 20, 2006

NOSTALGIA : MERINCI UFUK


Aku tidak gemar mengenang mimpi. Aku mampu mengenang buku yang kutulis sendiri. Wah puluhan ribu perkataan yang kutumpahkan ke kertas. Aku gementar, bermanfaatkah segala perkataan yang kuujarkan itu. Inilah ketakutan aku sebagai penulis. Seletelah mendengar kembali kata-kata tersebut, debarku semakin kurang. Aku mampu bertanggungjawab terhadap apa yang aku telah tulis. Dan MERINCI UFUK menjadi kenangan setelah 16 tahun diterbitkan oleh DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

Dipetik beberapa kalimat yang terungkap dalam MERINCI UFUK.

<> Dan orang mukalaf tidak patut lagi membazir walaupun sepatah kata.

<>Kebekuan itulah musuh manusia yang amat liat.

<>Dia tidak perlu duduk semeja dengan Rawana apatah lagi menjilat tangan penjahat itu.

<>...Manusia yang dekaden dan apa-apa saja kelihatan mandul. Mandul abang tau?"...

<>Sekali orang melupakan cara, banyak kali dia akan melakukan kesilapan.

<>Suara burung itu mungkin menggambarkan keriangannya atau kesedihannya.

<>Kalau kata sudah tidak mendudukng makna, ianya bukan kata lagi.

<>Puisi yang baik tak membunuh orang.

<>Orang akan hormati kita kerana kita tegas dan teguh pendirian. Inilah titik mulanya harga

diri manusia.

<>Menegakkan kebenaran selamanya tidak dapat dikatakan satu kesalahan.

<>Kepuasan akan mengatasi kesusahan kalau benar pun ada kesusahan.

<>Kekalahan dalam pertarungan seperti ini, kadang-kadang lebih bermakna daripada

kemenangan.

<>Menerima hukuman begitu jauh lebih mulia daripada menjadi orang bebas kerana

menyelewengkan proses undang-undang.

Aku tak mampu lagi mengutip sekian banyak ungkapan yang berselerak dalam novel ini.

Biarlah kata-kata dalam novel ini hidup dalam dunianya sendiri : terbelenggu, terkurung dan sepi; ATAU merdeka, bebas dan geger : sehingga aku sendiri datang menjenguk mereka.

Saturday, July 15, 2006

GLIMPSE : Book Revisited




I like to appreciate your smile
I relish to sip your sweetness
I love to graze your frown
I enjoy to read your life
Words by
DARMA MOHAMMAD
:

and this is MONA LISA
:

and this is the revisited book

:

THE PRIVATE LIFE OF MONA LISA

by

PIERRE LE MURE

Published byCollins, Fontana Books, 1977, 350 pp.

:


and the blurb reads
:

:

Friends

[Happy Reading]

Sunday, July 09, 2006

NOSTALGIA : DURI DI KAKI

Mengenang bukan tidak bagus jika untuk mengambil iktibar, mencari pengertian baru, menghangatkan silaturahmi serta membuka pintu batin. Lalu terjumpa aku sebuah buku yang sekian lama terkafan antara timbunan buku. Aku menyentuh Duri di Kaki (antologi puisi bersama) yang pastinya bagus untuk merasa denyut dan gernyut nafas zaman dahulu.

Wah, rupanya usia buku DURI DI KAKI telah menjangkau 34 tahun (terbit pada Ogos 1972 oleh Yayasan Indera). Rindu aku kepada pengucapan zaman lampau; zaman remaja katakan. Aku bertemu kembali dengan rakan-rakan seangkatan rata-rata berumur 20-an (tidak diketahui dengan tepat) yang mula mengungkap kata dan ghairah untuk melihat karya terbit dalam bentuk buku.

Aluan penerbit diletakkan di kulit belakang antologi ini.


Para pertamanya menyebutkan : DURI DI KAKI -- sebuah antologi sajak karya dua puluh tiga orang penyair-penyair (ini istilah penerbit---dm) muda Malaysia adalah yang pertama diterbitkan oleh Yayasan Indera.

Aku suka menurunkan "penulis sajak" yang sajak-sajak mereka termuat dalam antologi ini. Terdapat 23 orang penulis yang masa kini antaranya sangat dikenali oleh pembaca puisi. Nama-nama ini mengikut susunan dalam kandungan antologi itu.

REJAB F.I, ISMA, JARI T.M, HABSAH HASSAN, DARMA MOHAMMAD, DAEDON IBRAHIM, NURAINI SHAHRIM, A.HAMID MARZUKI, ZAINUN DAUD, MOHD.WAN DAGANG, SABDA S, NOORDIN JAAFAR, JUSUFF A.M, NAWAWEE MOHAMMAD, JU RAHIMAYA, HASSAN TENGKAR, HUSIN NGAH, SALAHUDDIN MOHAMED, BAHARUDDIN ADAM, MUS IBRA, DHARMALA N.S, ALADIN MOHAMAD dan ON AH GUAN@MOHD.GHAZALI ABDULLAH.

Salam sejahtera kepada anda semua. Selamat menulis.

Tuesday, July 04, 2006

SINGING WITH A FISH (4)


For us everyday is a pleasant day.
We feel like singing again.

(1) Prose

Words are dripping
from the clouds
of my soul.

(2) Poems

Slowly your poems flap
into my notepad
and weep.

(3) Winds

I entrap the winds
and keep them in a cage
to listen to their prayers.

(4) Dusk

Dusk strides into my room
and sits beside me
whispering its sorrows.

[by Darma Mohammad]