Thursday, July 20, 2006

NOSTALGIA : MERINCI UFUK


Aku tidak gemar mengenang mimpi. Aku mampu mengenang buku yang kutulis sendiri. Wah puluhan ribu perkataan yang kutumpahkan ke kertas. Aku gementar, bermanfaatkah segala perkataan yang kuujarkan itu. Inilah ketakutan aku sebagai penulis. Seletelah mendengar kembali kata-kata tersebut, debarku semakin kurang. Aku mampu bertanggungjawab terhadap apa yang aku telah tulis. Dan MERINCI UFUK menjadi kenangan setelah 16 tahun diterbitkan oleh DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

Dipetik beberapa kalimat yang terungkap dalam MERINCI UFUK.

<> Dan orang mukalaf tidak patut lagi membazir walaupun sepatah kata.

<>Kebekuan itulah musuh manusia yang amat liat.

<>Dia tidak perlu duduk semeja dengan Rawana apatah lagi menjilat tangan penjahat itu.

<>...Manusia yang dekaden dan apa-apa saja kelihatan mandul. Mandul abang tau?"...

<>Sekali orang melupakan cara, banyak kali dia akan melakukan kesilapan.

<>Suara burung itu mungkin menggambarkan keriangannya atau kesedihannya.

<>Kalau kata sudah tidak mendudukng makna, ianya bukan kata lagi.

<>Puisi yang baik tak membunuh orang.

<>Orang akan hormati kita kerana kita tegas dan teguh pendirian. Inilah titik mulanya harga

diri manusia.

<>Menegakkan kebenaran selamanya tidak dapat dikatakan satu kesalahan.

<>Kepuasan akan mengatasi kesusahan kalau benar pun ada kesusahan.

<>Kekalahan dalam pertarungan seperti ini, kadang-kadang lebih bermakna daripada

kemenangan.

<>Menerima hukuman begitu jauh lebih mulia daripada menjadi orang bebas kerana

menyelewengkan proses undang-undang.

Aku tak mampu lagi mengutip sekian banyak ungkapan yang berselerak dalam novel ini.

Biarlah kata-kata dalam novel ini hidup dalam dunianya sendiri : terbelenggu, terkurung dan sepi; ATAU merdeka, bebas dan geger : sehingga aku sendiri datang menjenguk mereka.

11 comments:

Wan A. Rafar said...

Sdr Darma,
Walaupun aku telah membaca novel ini beberapa tahun yang lalu, ceritanya masih kuingat. Hanya aku tak perasan begitu banyak rupanya mutiara falsafah yang dapat dikutip darinya.

ufukhati said...

Sdr.Wan,
Saya sempat skim sebahagian buku itu di sana sini. Tak mungkin saya perturunkan semuanya.
Setiap watak ada letusan pemikirannya sendiri : Jasdi (Guru), Fakhrul (Pegawai), Zaidah (Penulis), Zain (Tukang Gunting) dan ayah kepada mereka itu Bitar (bekas Wakil Rakyat).
Terima kasih atas sambutan Sdr.

Unknown said...

Pak Darma,
Novel ini baru saya belek di Kedai DBP Kaw Utara minggu lepas. Saya pujuk hati untuk beli kemudian hari kerana berpuluh-puluh buku yang masih menunggu untuk belum dibaca. Menyesal pula tak beli..



p/s Tahniah cerpen di Siasah. Kesian Tuan Presiden...

ufukhati said...

En.jiwa rasa,

Itu novel lama tetapi penulis tetap sayang kepadanya.

Terima kasih kerana membaca cerpen MENJELANG SIDANG AKHBAR.Setiap pemimpin jika tak bergerak di atas "jalan lurus", pasti berkesudahan dengan kehancuran.

Terima kasih.

cenderawasih said...

saya belum pernah jumpa novel ini. nanti saya akan cuba dapatkan. insyaAllah. harap saya dapat nikmati ilmu di dalamnya.

ufukhati said...

zalisa,

Bagus juga membaca karya berbagai penulis; dapat menyelami pemikiran orang lain.
Saya juga membaca entri dalam blog zalisa untuk memperkayakan jiwa.
Terima kasih atas sambutan tersebut.

sue said...

Pak Darma,
terima kasih atas kunjungan ke blog saya.

terasa kecilnya saya dan ketinggalan dalam mengenali keindahan kesusasteraan Melayu.tapi masa belum terlambat

ufukhati said...

Baik sastera (yang bagus) dalam bahasa apa pun, jika kita menghayatinyanya mampu memperkayakan jiwa, mempertajamkan minda.Dan dapat memahami fikiran orang lain.
Titik mulanya ialah "membaca".

Terima kasih.

hakim dirani said...

Pk Darma,

saya akan cuba baca novel ini.

Insyallah

ufukhati said...

Sdr. hakim,

Terima kasih.

Nina Suria said...

Salam kenal, tak tahu nak panggil Sdr atau bapak.. pagi ini gatal tangan pulak nak klik homepage darma mohammad.. rupanya betul2 seorang penulis.. teruja baca iklan merinci ufuk ini..

p/s nanti Nina linkkan blog ini kat http://ninasuria.blogdrive.com