Friday, September 08, 2006
PINTU MENUJU KREATIVITI
MENCARI JALAN LURUS
Saya selalu beringat-ingat tatkala menulis baik karya berbentuk fiksyen atau non-fiksyen. Saya selalu mengulangkaji sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Yusuf Qardawi berjudul ISLAM : BICARA SENI atau judul asalnya AL-ISLAMU WAL FANNU.
Buku ini membicarakan tentang seni sastera, hiburan dan seni, nyanyian dan muzik, seni lukis, seni rupa dan ornamen, seni komedi dan seni permainan.
Suka saya memetik beberapa para yang ditulis oleh Prof. Yusuf Qardawi tentang penulisan sastera dan puisi.
[Syair, atau sastra pada umumnya, atau seni secara lebih umum, memiliki sasaran dan fungsi. Ia bukan sesuatu yang liar. Sebaliknya, ia adalah karya yang semastinya sarat kandungan pesan dan komitmen pada kebenaran.]
[Nabi s.a.w pernah mendengar syair dan terkesan dengannya. Di antara yang beliau dengar adalah syair Ka'ab ibn Zuhair yang masyhur, berjudul Banat Su'ad. ..Juga syair An-Nabighah Al-Ja'ad. Beliau s.a.w berdoa untuknya dan mengarahkannya untuk mempergunakan syair dalam kerangka dakwah dan pembelaan terhadapnya. Seperti itu pula beliau lakukan bersama Hasan.]
[ Berkenaan dengan hal ini, Allah berfirman, "Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahawa mereka mengembara di tiap-tiap lembah dan suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)? Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman, beramal soleh dan banyak menyebut asma Allah, serta mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman." (Asy-Syu'ara 224-227).
Bagi saya : Pintu kreativiti menuju kebaikan tidak pernah ditutup. Persoalannya : Kita mahu masuk atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Pak Darma,
Pintu kreativiti tidak pernah tertutup tetapi bukan semua orang yang menemuinya.
sdr. hakim,
Ini maslah orang yang tidak menemui pintu.
"Pintu" zahir mudah kelihatan, "pintu" batin bukan mainan.
Well since Im not able to read ...this is just to say greetings from Oman
iamnasra,
I'm very sure that you have read a lot about Dr.Yusuf Qardhawi and his writings in Arabic.
In this entry, I try to highlight his thoughts on various aspects of written arts and performances according to Islamic teaching.
Thank you iamnasra and best regards.
Selain memiliki sasaran dan fungsi, karya seni juga harus mempertimbangkan teknik penyampaiannya. Tekniklah satu daripada unsur yang membezakan antara karya itu berseni atau tidak.
Salam,Pak Darma.
Harapnya saya bakal menemui pintu kreativiti saya tidak lama lagi.
Keep on blogging, Pak Darma.
Pak Darma,
Kebetulan saya baru sahaja membaca buku yang sama semalam tapi edisi terkini dengan tajuk 'Seni dalam Islam' oleh Dr Yusuf Qardawi.
Bolehkah kita samakan pintu kreativiti macam petunjuk dan hidayah dari Allah? Ada yang nampak yang zahir sahaja dan tidak yang batinnya. Pintu telah ditemui , tetapi tidak digerakkan Allah untuk memasukinya. Tetapi apa-apa ilmu yang dituntut ,kita perlu berguru,bukan? Seterusnya,pilihan terletak kepada guru yang menuju kebaikan atau sebaliknya.
Sdr. Wan,
Saya sangat bersetuju dengan sdr. (tentang teknik itu).
Saya sedang membaca kembali tulisan Puan Ainon Mohd. tentang Sastera Islami mengikut Surah Yusuf melalui blognya.
Terima kasih sdr. Wan.
-----------------------------------
Sdr.fizzy,
Bersama-sama kita menulis untuk kebaikan.
Mungkin fizzy dah menulis dengan menggunakan nama yang lain.
Terima kasih.
-----------------------------------
Puan shima,
1.Membaca pemikiran Dr. Yusuf tentang kreativiti seni mengikut kerangka Islam sebagai panduan. Mana-mana buku dari pengarang juga patut dibaca. (Kebetulan Puan shima juga sedang membaca buku itu.)
2."Pintu kreativiti" sentiasa terbuka saya maksudkan sebagai kita tidak dihalang untuk menulis atau berkarya jika kita mahu. Cuma jalan mana yang mahu ambil; itu atas pilihan sendiri.
Terima kasih atas sambutan puan.
Sdr Ufukhati,
Bakat yang Tuhan beri kita mesti gunakan. Tidak ada pilihan. Sesiapa yang rasa tidak pandai buat syair berat-berat, buatlah pantun untuk anak-anak. Tidak pandai tulis novel sastera berat-berat, tulislah buku cerita untuk kanak-kanak. PTS boleh terbitkan!
Puan Ainon,
Benar kata Puan. Saya menulis mengikut kemampuan saya sendiri. Dan lebih penting saya terus mahu belajar kerana saya sangat kekurangan ilmu.
Dorongan Puan Ainon itu membesarkan hati saya.
Terima kasih, Puan.
saya setuju tuan. pintu kreativiti itu memang wujud tapi ada juga yang menggunakan "berkreaktif" sebagai alasan untuk menerawang keluar daripada batasan (yang sepatutnya ada). bagi orang Islam, bukankah Islam (i.e. islamic worldview) itu sudah cukup sebagai batasan? namun, bagi sesetengah orang, tidaklah benar-benar kreatif sekiranya direncat penerokaan minda kreatif itu oleh "unsur yang mengikat". saya yakin tuan sangat faham apa yang saya maksudkan. lantaran, apakah pendapat tuan?
sdr.scarlet,
Sdr.menimbulkan dua perkara penting yang memang berlegar dalam kepala banyak penulis (kreatif):
/1/. Worldview (pandangan dunia)Islam vs Worlview selain Islam.
/2/. Keterikatan vs Kebebasan
Sekilas pandang :
/1/ .Buku Dr.Yusuf yang saya tampilkan dalam entri ini adalah mengikut worldview Islam. Pokoknya; bagaimana penulis Islam berkreativiti dalam acuan itu supaya nilai-nilai agama terjaga, kepuasan dicapai, manfaat didapat.
/2/.Masih ada kebebasan berkarya dalam kerangka worldview Islam tadi. Bagi penulis yang mahu berpegang kepada "bebas sebebas-bebasnya" (tanpa apa-apa batasan), mungkin rasa terikat dan tidak dapat menerima prinsip tersebut.
* Saya tak dapat mewakili pihak individu lain untuk menentukan prinsip mana menjadi pegangan mereka.
* Buah fikiran dan pandangan sdr.sangat dielu-elukan demi kebaikan bersama.
Terima kasih atas minat sdr. itu.
Kreativiti dan seni ini merupakan potensi EQ dalam diri manusia. Ia patut digilap. Semasa wawancara saya dgn Prof Dr. Anuar Zaini, beliau menyatakan ttg researchnya, Sistem dalam pendidikan kita lebih meraikan IQ, berbangga dengan siapa paling byk A.
Tetapi sebenarnya, mereka yang lebih berjiwa patriotik dan semangat pengorbanannya adalah yang ber EQ tinggi. Kedua-duanya IQ dan EQ sgt penting. Sekarang ni ada pula SQ.
Dan lebih menakjubkan, dalam research yang dibuat di sekolah rendah utk semua bangsa dan jantina, mereka yang ber EQ paling tinggi ialah "kanak2 lelaki Melayu" berbanding yang lain.
Budi, adab, sopan santun, kesabaran, hormat menghormati memang sudah lama menjadi warisan orang Melayu-Islam. Tapi, hari ni kian terhakis.
Subject2 di sekolah patut juga menekankan EQ dengan memupuk budi melalui puisi, music, kemahiran, dan byk lagi. Semua ini anugerah Allah.
Sdr. albazrah,
Saya sangat bersetuju dengan pandangan sdr. itu. Orang Melayu memang bijak dan kreatif. Tak ramai orang mengkaji buah fikiran seniman / pendeta Melayu zaman lampau.
Terima kasih.
Pak Darma,
Buku Yusuf Qardawi ini pernah saya belek dulu-dulu, ketika ghairah mencari kepastian tentang halal haramnya muzik dalam Islam.
Ada satu makalah yang bagus tentang muzik yang ingin saya cadangkan. Makalah yang diusahakan oleh Abdul Rahman Rukaini bertajuk `Hukum Muzik Dalam Islam'
Bukunya nipis, tetapi mengandung hujah-hujah yang bagus tentang muzik dalam Islam.
Kalau kena gayanya, berhibur dan aktif dalam seni pun boleh jadi satu ibadah...
Encik Jiwa,
Makalah tentang kreativiti seni (tulisan dan persembahan) mengikut pandangan Islam memang banyak ditulis dan dibahaskan. Kenalah rajin membeleknya.
Buku "Beberapa Studi Tentang Islam" (oleh Syed Qutb) juga ada satu Bab tentang sastera dan peranan penulis.
Dalam "Petunjuk Sepanjang Jalan" (juga oleh Syed Qutb), sewaktu beliau membincangkan "Konsep Islam Terhadap Kebudayaan" beliau menyebut terdapat sebuah buku yang lengkap karangan Prof.Mohammad Qutub yang berjudul "Minhaj Alfan Al-Islam" (berkenaan : Kurikulum Kesenian Islam). Sayang, saya tak terjumpa terjemahan buku ini (jika ada).
Terima kasih kepada En.Jiwa yang memberi maklumat tentang buku karangan Abdul Rahman Rukaini itu.
Pak Darma,
terima kasih utk petunjuk ini, berada disini memberikan banyak semangat utk menulis (walaupun tak setaraf org lain)
Saya berkesempatan ke kedai buku di Chowrasta, Penang, mencari-cari buku yg sesuai, terlalu banyak buku tapi terlalu singkat masa yg ada.Insyallah next trip sambil beli buah pala :-)
sue,
1. Menulis jangan hitungkan sangat tentang "taraf". Saya tak pernah ada "taraf" dan tak mencari pun perkara itu. Cuba baca cadangan Puan Ainon Mohd (dalam entri ini) di atas. Saya banyak mendapat dorongan daripada beliau. Saya menulis kerana saya seronok dan gembira dan ada kepuasan kerananya.
2. Saya sekian lama mengidam hendak ke kedai buku lambak itu. Walaupun pernah sampai di Chowraster, tak sempat "berkubang" dengan buku-buku di sana. Saya suka membeli buku terpakai baik di Pay Less Books, atau di kedai di Jalan Ampang, atau di Kota Bharu atau di Pesta Buku. Harganya murah, tetapi bermutu.
Terima kasih sue.
kreativiti bukan hanya penting dlm penulisan bahkan dalam menangani kehidupan kita. it's up to us to pick which door to go thru....and i've picked mine...
junita,
Saya sangat bersetuju.
Kreatif dalam berbagai perkara waimma berfikir.
Terima kasih, junita.
Wah, indah sekali bicara-bicara di sini. Saya pertama kali sampai di laman ini ketika search tentang kreativiti bagi menyiapkan satu artikel ringkas.
Saya berharap suatu hari saya akan menjadi seperti kalian... meneroboh pintu kreativiti.
Post a Comment