CIK WAN KEMBANG MENDAPAT "SITI"
CIK WAN KEMBANG memerintah Kelantan, bersemayam di Gunung Cinta Wangsa. Kemakmurannya tersebar luas dan ramai pedagang datang ke negeri ini.
******
Inilah bagaimana asal mula Cik Wan Kembang dikenali sebagai Cik SITI Wan Kembang
******
"Setelah Syahibul Asyraq mendengar hal itu maka masuklah is mengadap Cik Wan Kembang dengan membawa persembahan kain-kain perbuatan Terengganu yang cantik-cantik serta mahal harganya. Di dalam percakapannya dengan Cik Wan Kembang itulah Syahibul Asyraq berbahasa memanggil "Siti" kepadanya, kerana perkataan "Siti" itu bererti "tuan" (perempuan) yang layak digelarkan kepada seorang perempuan yang mula-mula jadi Raja pemerintah negeri. Sehingga terlekatlah dengan panggilan "Cik Siti" sampai ke merata-rata daerah terutama di sebelah hiliran negeri."
******
[ Petikan dari buku SEJARAH KELANTAN, karangan Arifin bin Abdul Rashid, Terbitan Pustaka Al-Ahliah, Kota Bharu, 1962, halaman19 ]
******
NOTA TAMBAHAN :
Cik Siti Wan Kembang dilantik menjadi Raja Perempuan Kelantan pada tahun 1610 M / 1018 H dan bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, di Ulu Kelantan. Ayahandanya ialah Sultan Ahmad (1548-1580) dan bondanya ialah Che' Banun. Sultan Ahmad meninggal tatkala Cik Wan Kembang berusia empat tahun. Oleh kerana Cik Wan Kembang masih kanak-kanak, pemerintahan diserahkan kepada Raja Husain, sepupu Che Banun (berasal dari Johor) dengan gelaran Sultan Husain Pemangku Raja (1580-1610). Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan mulai 1610-1677.
[ Sumber : Detik-Detik Sejarah Kelantan, Sa'ad Shukri bin Haji Muda, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 1971, halaman 34 ]
******
(PERINGATAN :Tulisan dalam blog ini hanya berkaitan dengan asal mula penggunaan SITI pada nama CIK SITI WAN KEMBANG sahaja. Ia tidak melibatkan penggunaan pada individu lain sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati.) <>
24 comments:
Salam aidilfitri untuk Pak Darma dan keluarga.
Walaupun saya anak jati kelantan, tetapi banyak sejarah tentang kelantan yang saya tidak tahu. Rasa bersemangat utk menyelongkar kembali, kalau Pak Darma dapat tolong senaraikan bahan bacaan yg perlu saya baca. Agar saya dapat jadi anak jati kelate. :)
pak Darma,
saya pun sama kesnya dengan saudari Zaharah di atas tu. kalau nak kira memang anak kelahiran Bunut Payong dan layak beli tanah di Kelantan, tapi apabila baca entri pak Darma tentang Cik Siti Wan Kembang ni, sedarlah saya yang banyak sangat yang saya tak tahu tentang Kelantan.
saya nak komen tentang entri pak Darma ni dalam blog saya dan akan saya letakkan pautan ke sini. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih, tuan.
sehingga ketemu 6hb ni, insyaAllah. kalau tuan tak keberatan, boleh saya tahu apa occasion ke RHB tu?
ufukhati..what do you say?
Could you translate...please!!
Margie
starry nights and Margie (samuru999):
pak Darma resides in the state of Kelantan in Malaysia. Kelantan is also known as the "state of Cik Siti Wan Kembang" and it is actually the name of a legendary royalty in Kelantan a long long time ago. she was a ruler of Kelantan from 1610 until 1677.
in this entry, pak Darma explained on how she came to earn the title "Siti" in her name as it was originally "Cik Wan Kembang". apparently, a person by the name of Syahibul Asyraq had addressed her as "Cik Siti" (or Miss Siti). from my understanding, "Siti" here carries the same weight as "your excellency"; which is befitting for a lady ruler of a state. over time, the title stuck with her and historically became "Cik Siti Wan Kembang".
Its been awhile hope you are well
Pak Darma,
Salam Syawal
Cik Wan Kembang mendapat Siti.
Cik Siti mendapat Datuk.
Mulanya Cik kemudian Datin
Kini dah Datuk
Pak Darma,
Saya anak Pulau Pinang tapi tak tahu pun apa-apa tentang sejarahnya. malunya.
bangga saya dengan Pak Darma yang banyak Pengetahuan.
Thank you scarlet kingsnake!
Margie
zaharah,
Memang ada beberapa buah buku (tentang sejarah Kelantan) yang mampu dicapai sekarang. Saya telah sebut di dalam entri ini dua buah. Tambahan yang lain adalah:
1. "Kelantan Zaman Awal : Kajian Arkeologi dan Sejarah Di Malaysia" oleh Nik Hassan Shuhaimi Bin Abd.Rahman (Penyunting), terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1987.
2. "Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah", terbitan Perbadanan Muzium Negri Kelantan, 1981.
Buku-buku lain berkenaan dengan sejarah Kelantan adalah banyak. Berdasarkan catatan judul dan isi kandungan yang dibuat oleh Nik Mohamed bin Nik Mohd Salleh terdapat 21 buah judul (tidak termasuk 4 judul yang disebut di atas).[Boleh rujuk Warisan Kelantan III, Terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1984.]
Makalah/esei/kajian tak terkiralah banyaknya. Wallahu'Allam.
Terima kasih atas minat zaharah itu.
sdr.scarlet,
1. Sdr. bertitih dari Bunut Payung rupanya. Sdr. datang dari daerah yang terkenal dengan pusat ilmuan Islam. Tak hairan bicara sdr. penuh hikmah.
2. Saya mohon banyak maaf kepada sdr. Pada 6.11.2006 saya berada di HRB sehingga tengah hari. Anak saya yang bekerja di Rawang menghantar saya ke sana. Oleh kerana beliau pula ada kerja lain, tak sempatlah saya mengatur masa hendak bertemu dengan sdr. pada hari itu. Terima kasih kerana membalas sms saya itu. Mohon maaf.
starry nights
&
samuru 999
Thank you to both of you.
I think what has been said by scarlet kingsnake in his comment is appropriate.
Thank you very much sdr.scarlet.
nasra,
Thank you. I'm fine.
To You :-
Happy moments....
En.Jiwa,
TUAH AYAM NAMPAK DI "PARUH", TUAH ORANG SIAPA TAHU!
Terima kasih En.Jiwa.
hakim,
Ada orang kata (tulis) Pulau Pinang bukan dibuka oleh Francis Light. Waktu FL ke sana sudah ada orang Melayu tinggal di sana menjadi nelayan. Sdr. kena selidiki hal ini nanti bula balik ke tanah air.
Sdr. lebih tinggi ilmunya berbanding saya. Saya ingin belajar banyak hal daripada sdr. hakim.
Terima kasih terlebih dahulu.
Abang saya cakap Efendi cuma dapat kereta tiara jer...Dato K pulak dapat kereta Honda CT. Hm.. camana tu Pak?
Maaf jika tak masuk tajuk....
Datuk saya berasal dari Kelantan. It's nice to hear this enlightning stories bout Cik Siti and Kelantan....
Rindunya nak pergi Kelantan....
junita,
Begitu rupanya. sdr. scarlet juga ada titih kelantan. Apa pun tak jadi soal. Kita kekalkan ukhuwwah ummah untuk saling berpesan-pesan tentang kebaikan.
Jika rindu hendak ke Kelantan, datang sajalah. Hujung minggu (bagi orang pantai barat),saya ada juga bercakap-cakap dengan pelancong yang membanjiri Kota Bharu khasnya di Bazaar Buluh Kubu dan Pasar Siti Khadijah yang sedang membeli belah.
Terima kasih junita.
Salam, Pak Darma.
Suka sekali dengan entri ini!
Saya besar di Bukit Marak, lokasi bertapaan Puteri Saadong setelah kemangkatan Raja Abdullah.
Semasa remaja pernah juga membaca sebuah novel tentang riwaya hidup Cik Siti Wan Kembang, sedari kisah kelahirannya sehinggalah pertukaran takhta ke tangan Puteri Saadong.
Sayang terlupa tajuk penuh dan penulisnya!
rebecca,
Bukit Marak tempat bersejarah.
Sejarah jadikan iktibar.
Terima kasih.
nama saya pon Che Siti Wan Kembang. saya tak tipu.
sumpah...
Salam. saya berminat untuk mengkaji sejarah puteri saadong- anak angkat CSWK. Insyaallah pembacaan saya akan merangkum seluruh salasilah keluarga sehingga pertalian dengan raja bersiung. Tujuan kajian adalah bersifat peribadi atas dasar mengenali diri. saya mohon untuk mengambil tulisan saudara sebagai rujukan & panduan. jika ada sumber lain harap bantuan saudara. di dahulukan dengan ucapan terima kasih
Elok benar sejarah Kelantan dikembangkan ke pengetahuan anak-anak Kelantan. Walaupun di mana tempat mencari makan, tanah kelahiran tetap disayang. Saya anak Kelantan yang tak pernah lupa Kelantan.
Assalamualaikum,pak darma CSWK tu ada anak tp yang sy tahu cucunya Cik siti tanjung mutiara,siapa pula anaknya mungkin pak darma tau ,susunan kerabat CSWK tu,sy hanya berdialog dgn beliau selepas kejadian ribut melanda di kediaman saya pada awal tahun lepas ,dimana rumah saya xde apa kerosakan walaupun zink tak berpaku sedangkan di sekitarnya bumbung rumah ,kedai rosak teruk,selepas itu CSWK selalu datang bg utusan jikalau sy berkeadan sakit atau susah.jd sempat sy bertanya kpdnya siapalah saya ni beliau bgtahu yg saya ni asal keturunannya generasi yg ke12 sudah lama dia mencari saya,skrg beliau selalu datang bg utusan kpd sy.Ini bukan reka cerita tp benar,segala ilmu perubatan sy dapat dari CSWK sehingga kini.Apa yg berlaku adalah sama dgn pesan keturunan sy tidak ada satu pun bertentangan apa yang saya ketahui sebelum ini.cuma sy buat tak kisah aje.sy nk tanya pak darma siapa anak CSWK tu adake dlm sejarahnya?
Post a Comment