Friday, November 17, 2006

MENCARI KEJERNIHAN JIWA



ORANG YANG BERJIWA BESAR

"Orang yang tidak percaya dan yakin kepada kebolehan diri sendiri tidak ada tempat di dalam lembaran sejarah orang-orang abadi, kerana peribadi mereka yang kaku dan sangsi itu telah menutup segala pintu dan jalan kepada kejayaan dan ketinggian."

-o-o-o-o-o-o-

"Hanya manusia yang berjiwa besar saja dapat menggunakan kesakitannya itu sebagai guru yang mengasuh jiwa dan mengailhamkan fikiran yang sihat dan pengertian yang mendalam terhadap hidup."

-o-o-o-o-o-o-o-

PETIKAN DARIPADA :

"MENCARI KEJERNIHAN JIWA"

OLEH

YUSOFF ZAKI YACOB

PENERBITAN DIAN DARULNAIM , 1988.

13 comments:

hakim dirani said...

ingin mendapat gelaran "jiwa besar" itulah yang tidak mudah.

Mudah-mudah saya menjadi orang yang berjiawa besar.

Pak Darma,
Adakah buku ini masih boleh didapati di pasaran?

ufukhati said...

hakim,

Berjiwa besar, sifat ini perlu pupukan dan asuhan. Memang setiap kita boleh memilikinya dalam tahap yang tersendiri.

Buku ini memang payah didapati sekarang. Tidak kelihatan di rak-rak kedai buku.

Nazhatulshima N said...

Doakan saya mencapai tahap jiwa besar yang dapat mengasuh dan memupuk jiwa besar yang seterusnya menuju kepada kejayaan dan ketinggian.

Saya percaya Pak Darma juga berjiwa besar.

ufukhati said...

Puan shima,

Semoga kita mempunyai "jiwa besar" kerana sifat itu sangat positif.

Mungkin berjiwa besar itu bermakna:
(1) sanggup menerima teguran, untuk kemudiannya kita menemui jalan yang betul
(2) tidak mudah melenting terhadap kritikan untuk kemudiannya kita dapat membaiki diri
(3) sanggup mengaku kesalahan untuk kemudiannya bertaubat untuk kemudiannya tidak mengulanginya lagi
(4) mempunyai cita-cita dan iltizam melaksanakannya untuk kemudiannya mencapai kejayaan yang tinggi
(5) tidak mudah emosional untuk kemudiannya kita berfikiran waras
(6) tiadak bacul dalam sesuatu perjuangan untuk kemudiannya mengekalkan maruah dan martabat diri.

Tentunya banyak lagi Puan Shima.

Terima kasih atas respons Puan.

Unknown said...

Pak Darma,

Penulia buku ini memang seorang yang berjiwa besar. Walau sudah pergi meninggalkan kita tetapi tealh mewariskantulisan dan hasil kerja yang sangat baik sebagi panduan kita di masa hadapan.

Saya rasa masih belum berjiwa besar. Hanya berjiwa rasa. :)

Rebecca Ilham said...

Salam.

Pak Darma,
terima kasih atas entri ini.
Ia memberi saya inspirasi dan semangat agar terus bersabar dan tabah!

ufukhati said...

En Jiwa,

En. Jiwa, bagi saya memang sudah berjiwa besar. Orang yang berjiwa kecil tidak sanggup menelaah buku-buku ilmiah dan sedia berfikir tentangnya (seperti adapat disaksikan dalam blog En.Jiwa).

Terima kasih En.Jiwa.

===================================

rebecca,

AlhamdulilLah jika demikian.

Itu buah yang patut dikutip oleh penulis buku, Yusoff Zaki Yacob. Beliau (ASallahyarham) memang banyak menyumbang idea melalui penulisan esei dan buku.

Terima kasih rebecca.

Zubli Zainordin said...

Ufuk Hati,

Zubli Zainordin, kata...

Menarik apa yang tuan usahakan.
Selamat Maju Jaya.

Seronok seandainya ada peluang bekerjasama.

Ada kelapangan lawatlah
http://www.bukuonline.org
Pendaftaran Percuma

ufukhati said...

zubli,

Terima kasih atas perhatian dan undangan sdr. itu.

Selamat Maju Jaya untuk sdr. juga.

jiwa merana said...

salam pak darma .. ..

ermp, berjiwa besar adalah impian semua org .. .. tapi tak semua memilikinya .. .. nak juga bertanya, adakah jiwa besar ini menjanjikan kematangan?! .. .. ;-) .. ..

Yang bernama Siti said...

Pak Darma,
Menurut saudara Tom Hopkins dalam buku beliau How To Master The Art of Selling, pendorong utama bagi kita untuk mencapai potensi kita yang sepenuhnya ialah 'self-acceptance' atau penerimaan terhadap diri sendiri. Bagi saya setelah membaca huraiannya, ini konsep bersyukur dengan segala yang dikurniakan oleh Ilahi kepada kita, apa jua yang baik dan buruk. Itulah diri kita dan jika kita kenal diri dan tau apa yang baik dan buruk tentang diri dan menerima semuanya seadanya, barulah kita boleh mencapai potensi kita sepenuhnya.

ufukhati said...

jiwa merana,

Jiwa besar menjanjikan apa saja. Tak siapa tahu apa "janji" itu.

Terima kasih JM.

===================================

yang bernama siti,

Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang dikemukan itu.

Sama-sama kita kembangkan potensi diri KEBAIKAN.

Terima kasih YBS.

dariana said...

Banyakkah insan yang bersih jiwanya pasca 'mencari kejernihan jiwa'. " Sungguh dengan zikrullah akan menjernihkan jiwa-jiwa" -mafhum firman.