Monday, April 07, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)



SETITIK HUJAN



Pada musim bunga, hujan gugur ke laut. Melihat laut yang begitu luas tiba-tiba setitik hujan itu berasa malu.

"Di mana kedudukan aku di tengah-tengah lautan luas ini? Aku sebenarnya sudah tidak ada lagi."

Dalam menyedari dirinya begitu hina, tiba-tiba tiram menariknya masuk ke pelukannya. Berlakukan takdir. Lama kelamaan titik hujan itu kemudiannya menjadi sebiji mutiara yang cantik.

Daripada keadaan hina, kini dia dipandang mulia. Dahulu dia berada di pintu kemusnahan, kini dia masih wujud.   

BUSTAN : Terjemahan teks Darma Mohamad.





2 comments:

Mohamad Farez Abdul Karim said...

salam Pak Darma.

berkemungkinan jalan cerita 'Anak Itik Yang Hodoh' dari Barat terilham dari cerita2 Timur sebegini?

Mungkin...

ufukhati said...

Saljahtera sdr Mohamad Farez :

Serba mungkin, kerana karya ahli sufi Islam tersebar dengan meluas di Barat.

Terima kasih kerana singgah di sini.

Wassalam.

dm