Buku 'Ikhtisar Sejarah Kelantan' karangan Abdul Razak Mahmud memasukkan sejarah awal negeri Kelantan. Mengikut penulis, Kelantan lebih tua daripada negeri-negeri Melayu yang lain.
Nama awal Kelanta ialah 'Medang Kamulan".Kemudian 'Medan Gana" (Medang Permulaan atau Teras Medang). Nama ini digunakan sebelum abad ke-5.
Kemudiannya dikenali 'Kalatana" atau "Tanah Kala". Catatan China menyebut "Ho-lo-tan" atau "Ko'u-lo-tan". Nama ini gunakan awal abad ke-6.
Pada akhir abad ke-6, nama "Raktamritika" digunakan yang membawa makna "Negeri Tanah Merah". Raktamritika ini merujuk kepada "Chi'ih-tu" yang disebut oleh Wei Cheng (581-643) dalam Shi-Shu.
Dalam abad ke-7 pula diberi nama baharu iaitu "Sri Wijaya Mala" menggantikan Raktamritika. Penulis kemudiannya menggalur sejarah Sri Wijaya Mala itu hingga abad ke-13, abad ke-14, sehinmgga Kelantan bergabung dengan Patani pada tahun 1502. Gabungan ini termasuk juga negeri Terengganu.
Pengkisahan sejarah Kelantan ini berjalan terus. Peminat sejarah Kelantan zaman dahulu hingga sekarang perlu membaca buku ini. Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat melayu Kelantan 2015.
Selamat membaca. Wassalam.
No comments:
Post a Comment