Wednesday, August 31, 2022

BUKU YANG SAMPAI KE MEJA SEPANJANG BULAN OGOS 2022 (BULAN KEMERDEKAAN)

 Alhamdulillah.

Sepanjang Ogos 2022 sejumlah buku tiba di meja. Hari ini hari ulang tahun Kemerdekaan negara. Di sana sini orang bertutur tentang Kemerdekaan.

Buku mengalir ke segala arah menemui para pembaca. Tahniah para penulis dan penerbit yang gigih menghasilkan buku.  

Buku-buku juga dapat dilihat sebagai cermin Kemerdekaan. Tafsir wajah yang tampil daripada buku-buku yang dihasilkan dan kutip ilmu, buah fikiran dan pengalaman penulis-pebulisnya. 

Ini buku yang samapi ke meja saya sepanjang bulan Ogos 2022.


1. Amthal Rasulullah S.A.W.,  Muhamad Husin & Mohd Suki Othman, UPM

2. Hadith Sifat Polimik Takwil,  Umar Muhammad Noor, UPM

3. Langit Biru, Alif Zamri (Kumpulan Haiku), Alif Zamri

4. Singgalah Dari Kartika ke Kartika Sehingga Kaugenggami Makna, (Antologi Puisi Hari Sastera ke-18), Amiruddin Ali dll, Gapena & Nuha Books

5. Kota Bharu Dalam Puisi, Mazli Husma & Mukhtar Mustafa, KS/Pustaka Dewan Puisi

6. Sebutir Bintang, Ghazali Sulong & Mukhtar Mustafa (Penyelenggara), KS/Pustaka Dewan Puisi

7. Train to Dabong 2, Mukhtar Mustafa (Penyusun), Pustaka Dewan Puisi

8. Serapah Tembang Perantau dari Tanah Petualang, (Kumpulan Puisi), Shamsudin Othman, Sindiket Sol-Jah

9. Diajaknya Cinta ke Rumah Mimpi, Dia Pun Terlena di Tilam Janji, (Kumpulan Puisi), Amiruddin Ali, Sindiket Sol-Jah

10. Ya Allah Aku Bangkit, Sri Diah Shaharuddin & Juhairiah Ali, Writers Write Services

11. Kamus Dewan Perdana, Dewan Bahasa dan Pustaka


Memetik ungkapan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni :

"Orang yang ketagih membaca disertai dengan kefahaman yang mendalam akan diabadikan sebagai orang yang cerdas."

(Petikan daripada buku beliau, 'Asyik : Aku, Buku dan Cinta',[terjemahan], 2009, Al-Hidayah Publication)


Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Semoga kita semua diberkati Allah. Wassalam.


Tuesday, August 23, 2022

TARIKH 23 OGOS

 Alhamdulillah.

Mengikut satu sumber Saidina Abu Bakar Asy-Syiddiq (Radhiallahu 'anhu) meninggal dunia pada 23 Ogos 634M di Madinah. 


Antara keterangan lain beliau :

Lahir pada 27 Oktober 573M di Makkah
Bapanya Abu Quhafah Uthman
Sahabat akrab Rasulullah (s.a.w)
Khalifah Pengganti Nabi Muhammad (s.a.w) Pertama bagi umat Islam
Menjadi Khalifah mulai 8 Jun 632M (memerintah selama 2 tahun 77 hari)
Bapa mentua Rasulullah (s.a.w)
Bapa Saidatina Aisyah, Ummul Mukminin, isteri Rasulullah (s.a.w)
Panggilan Asy-Syiddiq bermakna yang berkata benar.


*Catatan ini dibuat pada 23 Ogos 2022.
Rujukan dari pelbagai sumber menggunakan tarikh Masihi.
Butiran di atas mungkin ada kesilapan (pastinya bukan disengajakan).
Itu tentunya atas kelemahan saya. Pohon betulkan mana-mana yang tidak bertepatan dengan catatan sejarah. Kepada Allah saya memohon keampunan. 

**Semoga menjadi inspirasi untuk mengenali pemimpin umat dan mengambil 
pengajaran daripada kisah-kisahnya. Allah memberkati. Aamiin. Wassalam. 

Friday, August 19, 2022

PENCURI

 Pagi ini Jumaat 19 Ogos 2022 bersamaan dengan 21 Muharam 1444H.
Semoga Allah memberkati kita semua. Aamiin.

Tatkala masuk ke rumah fb, tergantung di dinding, kata-kata bersaiz besar.
Aku mula berfikir. Cuba anda fikirkan tentang apa yang dipaparkan di dinding itu.

Jangan mencari salah, cari yang betul.


[Mohon izin saya kongsi paparan itu, Tuan Poets. Terima kasih.]


22j 
"Kami menggantung pencuri kecil dan melantik yang hebat ke pejabat awam.
— Aesop
 
Lihat yang asal
 
Nilaikan terjemahan ini
Mungkin imej teks yang berkata 'www.facebook.com/poets01 "We hang the petty thieves and appoint the great ones to public office." -Aesop'
Maggie2Montgomery, My life, my words and my blog dan 12K yang lain
12K Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi





Tuesday, August 16, 2022

KUMPULAN HAIKU "LANGIT BIRU" OLEH ALIF ZAMRI

 Alhamdulillah. 

    Tahniah kepada sahabat Alif Zamri kerana menghasilkan kumpulan haiku 'Langit Biru' (Julai 2022). Alif  dari Pulau Pinang sekian lama menekuni haiku, puisi klasik Jepun. Kami sama-sama belajar mendalami dan menulis haiku dalam bahasa Melayu dengan sensei Leyla Shuri dari Okinawa Jepun.

    Alif  setia dengan teknik penulisan haiku Jepun yang asal. Maksud saya, Alif mematuhi syarat utama penulisan haiku sebenar yang menggunakan 17 suku kata (5-7-5) dan setiap untai haiku mempunyai kata musim (kigo). Persoalan yang diangkat oleh Alif menyentuh hal-hal kehidupan sehari-hari beliau dan masyarakat Malaysia umumnya. 

    Dengan pengucapan yang padat (ringkas), Alif cuba menyampaikan kesan emosinya terhadap apa yang dilkihat dan dirasainya. Ini satu perkara yang bukan mudah. Ketajaman pemerhatian merupakan satu unsur penting harus ada pada seorang yang ingin menulis haiku yang baik.Syabas Alif Zamri kerana mampu menghidangkan haiku-haiku yang menarik dalam kumpulan ini. 

                Izinkan saya memetik Haiku 130 :

                       

                       Awan bersisik

                       dilihat dari pantai

                       ikan raksasa.


    Peminat haiku yang ingin menulis haiku, patut membaca buku ini. Di bahagian akhir buku ini, penulis meletakkan senarai lengkap kata musim (kigo) yang digunakan dalam haiku-haikunya. Ini sangat bermanfaat kepada pembaca yang ingin mengenali ciri-ciri haiku yang sebenar. 

    Kelahiran buku ini memeriahkan lagi dunia persuratan Melayu dan menjadikan dunia persuratan kita lebih berwarna warni. Insya-Allah, Alif terus menulis haiku dan/atau lain-lain genre kegemaran. Sekali melangkah, terus ke hadapan dengan karya yang tetap terjaga mutunya. Aamiin.

 




Wednesday, August 03, 2022

LANGKASUKA SUDUT PANDANGAN PENULIS INDIA

Bagi peminat sejarah Negeri Kedah, rencana ini menarik untuk dibaca.

Wartawan Ajay Kamalakaran dari Mumbai menulis dalam Scroll.in  (3 Ogog 2022) :

"Few traces exist in contemporary Malaysia of its Hindu and Buddhist past. Unlike its fellow Muslim-majority neighbour Indonesia, which is home to some of the grandest structures of Indic religions such as the Borobudur and Prambhanan temples, peninsular Malaysia has modest archaeological remains of great kingdoms of yore. But there is still a place where that past can be found: literature. The Kedah Annals, a Malay literary work that gives a romantic account of the history of the Malay kingdom of Kedah, mentions the Langkasuka Hindu-Buddhist kingdom which is believed to have been founded between the first and third century."

Rencana lengkap rujuk di sini :

https://scroll.in/magazine/1019293/the-mystery-of-an-ancient-hindu-buddhist-kingdom-in-malay-peninsula

*Isi teks milik penulis rencana asal dan tidak mencerminkan pandangan Ufukhati. 
Jika ada yang baik ambil, yang buruk tohok. 

Terima kasih sudi hadir. Wassalam.