Alhamdulillah.
Sepanjang Ogos 2022 sejumlah buku tiba di meja. Hari ini hari ulang tahun Kemerdekaan negara. Di sana sini orang bertutur tentang Kemerdekaan.
Buku mengalir ke segala arah menemui para pembaca. Tahniah para penulis dan penerbit yang gigih menghasilkan buku.
Buku-buku juga dapat dilihat sebagai cermin Kemerdekaan. Tafsir wajah yang tampil daripada buku-buku yang dihasilkan dan kutip ilmu, buah fikiran dan pengalaman penulis-pebulisnya.
Ini buku yang samapi ke meja saya sepanjang bulan Ogos 2022.
1. Amthal Rasulullah S.A.W., Muhamad Husin & Mohd Suki Othman, UPM
2. Hadith Sifat Polimik Takwil, Umar Muhammad Noor, UPM
3. Langit Biru, Alif Zamri (Kumpulan Haiku), Alif Zamri
4. Singgalah Dari Kartika ke Kartika Sehingga Kaugenggami Makna, (Antologi Puisi Hari Sastera ke-18), Amiruddin Ali dll, Gapena & Nuha Books
5. Kota Bharu Dalam Puisi, Mazli Husma & Mukhtar Mustafa, KS/Pustaka Dewan Puisi
6. Sebutir Bintang, Ghazali Sulong & Mukhtar Mustafa (Penyelenggara), KS/Pustaka Dewan Puisi
7. Train to Dabong 2, Mukhtar Mustafa (Penyusun), Pustaka Dewan Puisi
8. Serapah Tembang Perantau dari Tanah Petualang, (Kumpulan Puisi), Shamsudin Othman, Sindiket Sol-Jah
9. Diajaknya Cinta ke Rumah Mimpi, Dia Pun Terlena di Tilam Janji, (Kumpulan Puisi), Amiruddin Ali, Sindiket Sol-Jah
10. Ya Allah Aku Bangkit, Sri Diah Shaharuddin & Juhairiah Ali, Writers Write Services
11. Kamus Dewan Perdana, Dewan Bahasa dan Pustaka
Memetik ungkapan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni :
"Orang yang ketagih membaca disertai dengan kefahaman yang mendalam akan diabadikan sebagai orang yang cerdas."
(Petikan daripada buku beliau, 'Asyik : Aku, Buku dan Cinta',[terjemahan], 2009, Al-Hidayah Publication)
Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Semoga kita semua diberkati Allah. Wassalam.
No comments:
Post a Comment