Sunday, July 09, 2006

NOSTALGIA : DURI DI KAKI

Mengenang bukan tidak bagus jika untuk mengambil iktibar, mencari pengertian baru, menghangatkan silaturahmi serta membuka pintu batin. Lalu terjumpa aku sebuah buku yang sekian lama terkafan antara timbunan buku. Aku menyentuh Duri di Kaki (antologi puisi bersama) yang pastinya bagus untuk merasa denyut dan gernyut nafas zaman dahulu.

Wah, rupanya usia buku DURI DI KAKI telah menjangkau 34 tahun (terbit pada Ogos 1972 oleh Yayasan Indera). Rindu aku kepada pengucapan zaman lampau; zaman remaja katakan. Aku bertemu kembali dengan rakan-rakan seangkatan rata-rata berumur 20-an (tidak diketahui dengan tepat) yang mula mengungkap kata dan ghairah untuk melihat karya terbit dalam bentuk buku.

Aluan penerbit diletakkan di kulit belakang antologi ini.


Para pertamanya menyebutkan : DURI DI KAKI -- sebuah antologi sajak karya dua puluh tiga orang penyair-penyair (ini istilah penerbit---dm) muda Malaysia adalah yang pertama diterbitkan oleh Yayasan Indera.

Aku suka menurunkan "penulis sajak" yang sajak-sajak mereka termuat dalam antologi ini. Terdapat 23 orang penulis yang masa kini antaranya sangat dikenali oleh pembaca puisi. Nama-nama ini mengikut susunan dalam kandungan antologi itu.

REJAB F.I, ISMA, JARI T.M, HABSAH HASSAN, DARMA MOHAMMAD, DAEDON IBRAHIM, NURAINI SHAHRIM, A.HAMID MARZUKI, ZAINUN DAUD, MOHD.WAN DAGANG, SABDA S, NOORDIN JAAFAR, JUSUFF A.M, NAWAWEE MOHAMMAD, JU RAHIMAYA, HASSAN TENGKAR, HUSIN NGAH, SALAHUDDIN MOHAMED, BAHARUDDIN ADAM, MUS IBRA, DHARMALA N.S, ALADIN MOHAMAD dan ON AH GUAN@MOHD.GHAZALI ABDULLAH.

Salam sejahtera kepada anda semua. Selamat menulis.

7 comments:

Jiwa Rasa said...

Pak Darma,

Ada nama yang tidak saya kenali sekarang. Mereka sudah `bersara' atau sudah berganti nama pena lain?

ufukhati said...

Encik Jiwa,

Rasa saya beberapa orang "pensajak" (penulis + sajak, akronim yang digunakan oleh Mohd.Affandi Hassan) sudah tidak aktif lagi. Saya sendiri tidak arif sama ada penulis berkenaan menggunakan nama lain. Sebahagian masih aktif dan mereka merupakan penyair tersohor negara. Sebahagian besarnya telah menjangkau umur persaraan (bagi mereka yang berkhidmat dengan Kerajaan).

Poetry by Kai said...

thank u

zalisa said...

baru hari ini saya berjaya masuk ke sini.

ufukhati said...

Kai,

Terima kasih (Thank You).

Zalisa,

Selamat datang.
Terima kasih atas kunjungan anda.

kamil said...

Apakah baris-baris puisi masih ada tempat di celah-celah kemiskinan kasih-sayang?

ufukhati said...

Tuan,

1.Selamat datang.
2.Terkejut besar saya kerana tuan Prof.sudi menyapa orang seperti saya, (di samping berbesar hati).
3.(Jawapan yang tidak ilmiah tentunya) : Memang ada bait puisi di celah kemiskinan kasih sayang atau di apa-apa / mana-mana celah sekalipun.Dia hadir sendiri bersama kehadiran manusia; cuma kewujudannya dapat dirasai atau tidak sahaja.

Terima kasih Prof.