Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Thursday, June 08, 2023

KERDIP : PESAN-PESAN BEDIUZZAMAN SAID NURSI

 Alhamdulillah.

Telah terbit sebuah buku umum KERDIP yang diterbitkan oleh Baytul Hikma, 2023.

Buku ini cuba memperkenalkan salah seorang tokoh Islam penting di Turkeye, Bediuzzaman Said Nursi.

Buku ini mengandungi 31 Bab (dinamakan Kerdip) dan setiap Bab (Kerdip) mengandungi 5 subtopik seperti berikut :

1. Keagungan Firman (mafhum ayat Suci al-Quran)

2. Benih Hikmah (petikan daripada 'The Gleams')

3. Jejak Hidup Nursi (

4.Surat Nursi (petikan daripada 'The Letters'

5. Kerdip di Kalbu (sisipan sajak pendek oleh penulis)

Insya-Allah, buku ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat, ditulis secara santai, mudah difaham, pastinya penuh maklumat tentang kehidupan Nursi, memaparkan 31 petikan pemikiran Nursi tentang kehidupan dan kematian, refleksi terhadap pemikiran Nursi dan untai sajak pendek oleh penulis berkaitan dengan persoalan hidup dan kerohanian.

Tiada hari tanpa membaca. 

Wassalam.



  


Monday, November 28, 2022

UTUSAN KE VOLGA

 'MISSION TO THE VOLGA'



    Catatan Ibn Fadlan mulai dibaca di serata dunia. Pasti sekali peminat sejarah Islam mendapat sesuatu maklumat berharga tentang perkembangan Islam itu sendiri.

    Pena hanya alat penulisan yang kecil, tetap meninggalkan kesan yang besar bila ia berada di tangan seorang penulis, tidak kira apa jawatan, tugas, pekerjaan seseorang itu.

    Dalam abad ke-4 Hijrah (atau abad ke 10 Masihi), berlakulah peristiwa ini. Ibn Fadlan dipilih menyertai satu utusan Khalifah Abasiyyah Al-Muqtadir ke Volga. Mereka bertolak dari Baghdad pada 12 Safar 309 H (21 Jun 921 M). 

    Perjalanan menaiki unta dan berjalan kaki penuh cabaran merentasi dadang pasir, bukit bukau dan sungai dan singgah di banyak penempatan; antaranya Bukhara, Khwarazm, Al-Jurjaniyyah, Ghuzziyyah, Bajanak, Bashghird, Bulghars (Voga) , Rusiyyah dan Kazars. Ini semua berada di Asia Tengah. 

    Pada waktu ini Raja Volga (Bulghars), Yiltawar baru memeluk Islam. Penduduk lain di sekitarnya umumnya belum Islam. Ibn Fadlan mencatatkan apa yang dilihat tatkala berada di tengah masyarakat sepanjang perjalanan beliau.

    Sekadar contoh, beliau menyaksikan kemiskinan penduduk, perniagaan hamba, hukuman ke atas pesalah mengikut tradisi kaum, adat pengebumian mayat. Ibn Fadlan juga berdakwah dan mengislamkan penduduk di Volga.

    Sekadar contoh, Ib Fadlan menyaksikan mayat pembesar kaum Rusiyyah, dibakar di atas kapal. Sebelum dibakar, mereka mengadakan pesta minum arak. Seorang hamba perempuan dikorbankan (dibakar) bersama mayat pembesar itu. 

    Pasangan yang berselingkuh (hubungan sulit) di Ghuzziyyah, mereka ditambat pada pokok dan dibiarkan mati di situ. Begitu juga di Bulghars (sebelum Islam) diikat dan dicencang hingga mati. Manakala hukuman ke atas pencuri atau perompak akan digantung di atas pokok dan dibiarkan mati dan reput di situ.

    Pembaca dapat membuat refleksi kehidupan masyarakat Islam abad ke-10 Masihi seperti keadaan di Kerajaan Abasiyyah di Baghdad. Ketika ini, masyarakat di Eropah dan di Asia Tengah (abad ke-10 Masihi) masih berada dalam Zaman Gelap (Dark Ages).

    Catatan Ibn Fadlan membuka mata orang timur atau orang barat.  

    Wassalam.

     


Sunday, January 31, 2016

SURAT KE DOWNING STREET

SURAT KE NO 10 DOWNING STREET LONDON

Seorang pelajar Sadiya Rahman berumur 8 tahun menulis surat (bertulis tangan) ke 10 Downing Street. Mengapa dia menulis surat itu? Ini berkaitan dengan masalah bertudung di England. 

This letter from an eight year old Muslim girl sums up everything that is wrong with Cameron’s policies

"In November we went to raise money for the Poppy Appeal. Our photos were in the newspaper. I wore headscarf in the photo as some people think that Muslims are bad. I wanted to show them that Muslims are good. Of course there are some bad people who are Muslims. But aren’t there bad people everywhere?"

Sila lihat di sini :

http://www.independent.co.uk/voices/this-letter-from-an-eight-year-old-muslim-girl-sums-up-everything-that-is-wrong-with-cameron-s-a6832516.html

Apa yang baik ambil, apa yang buruk tohok. Wassalam.