Showing posts with label Sa'di. Show all posts
Showing posts with label Sa'di. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

Daripada Sa'di (1210M - 1291M)

CINCIN ABDUL AZIZ

Abdul Aziz (seorang Raja) mempunyai sebentuk cincin yang dihiasi dengan mutiara yang mahal harganya. Tiba-tiba negerinya dilanda kemarau panjang dan ini menyebabkan rakyatnya mengalami kesusahan. Sang Raja memerintahkan mutiaranya dijual dan wangnya dibahagikan kepada rakyatnya yang menderita.
Ada orang berkata kepada sang Raja, "Tuanku tidak akan dapat menemui mutiara seperti itu lagi."
Sang Raja menjawab, "Mutiara itu jelik berbanding dengan perderitaan rakyat yang mengalami kesusahan. Lebih baik aku mempunyai cincin tanpa permata berbanding dengan kesedihan rakyat."
Kebahagian bagi seseorang itu, bila dia dapat menyenangkan orang lain. Kepuasan yang sebenar ialah menikmati kepuasan bukan di atas penderitaan orang lain.

[Terjemahan teks : Darma Mohammad]


Thursday, December 04, 2014

Daripada Sa'di (1210M -- 1291M)




Nasihat Nushirwan Kepada Anaknya

Tatkala hampir meninggal dunia Nushirwan menasihati anaknya.
"Beri layanan baik kepada orang-orang miskin dan jangan mencari kemewahan diri. 
Pengembala jangan tidur tatkala serigala berada di kalangan biri-biri.
Bela orang-orang miskin, kerana raja memakai mahkota demi rakyatnya.
Rakyat adalah akar dan raja adalah pohon; dan pohon itu, wahai anak, kuat kerana akarnya.
Raja tidak menindas rakyat  ditakuti akan membawa keburukan kepada negara.
Jangan mengejar kemewahan sedang rakyat menderita."


[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad].









Monday, May 19, 2014

Daripada Sa'di (c.1210M - 1291M)







PERIHAL SANG KAYA DAN SANG PAPA


      Jangan engkau anggap maruah tidak sehebat kedaulatan, dan tidak ada Negara bebas daripada mempedulikan rakyatnya melainkan kepada golongan darwis.



       Mereka yang kurang membawa bebanan akan tiba lebih dahulu ke destinasi.




       Sang miskin menderita kerana kekurangan makanan; manakala sang penguasa pula dengan tanggungjawab terhadap negaranya.



        Satu pihak menjadi penguasa dan satu pihak lagi menjadi rakyat. Penguasa mungkin akan disanjung setinggi Zuhal, manakala rakyat mungkin terpuruk di dalam penjara.



        Bila dua golongan ini meninggal dunia, tidak dapat dikenal pasti bagaimana kedudukan mereka di alam barzakh.



[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad]



Monday, May 05, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)

LELAKI DAN SERIGALA

         Seorang lelaki memelihara seekor anak serigala. Tanpa diduga, setelah serigala itu besar dan kuat serigala itu merobek tubuh sang pemelihara.

         Tatkala itu datang seorang pendeta dan berkata kepada sang lelaki, "Kamu sepatutnya tidak alami kecederaan seperti ini, kerana kamulah yang memelihara dengan baik musuh kamu itu."

         Kami tentunya sangat mahu hendak mengangkat muka kerana selama ini kami berbaik dengan syaitan dan bermusuh dengan Allah.

         Sahabat engkau tidak lagi mengaku sahabat, bila engkau bersekongkol dengan musuhnya.

         Orang yang tinggal serumah dengan musuh, selayaknya dia menjadi renggang dengan sahabatnya.


[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad]



Monday, April 07, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)



SETITIK HUJAN



Pada musim bunga, hujan gugur ke laut. Melihat laut yang begitu luas tiba-tiba setitik hujan itu berasa malu.

"Di mana kedudukan aku di tengah-tengah lautan luas ini? Aku sebenarnya sudah tidak ada lagi."

Dalam menyedari dirinya begitu hina, tiba-tiba tiram menariknya masuk ke pelukannya. Berlakukan takdir. Lama kelamaan titik hujan itu kemudiannya menjadi sebiji mutiara yang cantik.

Daripada keadaan hina, kini dia dipandang mulia. Dahulu dia berada di pintu kemusnahan, kini dia masih wujud.   

BUSTAN : Terjemahan teks Darma Mohamad.





Thursday, March 20, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)




KEBIJAKSANAAN SANG KELDAI


Seorang lelaki menangis di tengah padang pasir kerana telah ditinggalkan
kafilahnya merintih, "Tidak ada yang lebih menderita daripada aku di tengah-tengah padang pasir ini."

Sang Keldai yang penuh dengan muatan di atas belakangnya berkata, "Wahai orang yang tidak berakal, selama mana engkau akan merintih tentang nasib engkau? Berjalanlah, engkau patut bersyukur kerana walaupun engkau tidak menunggang keldai, engkau bukan keldai yang ditunggangi manusia."

[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad.] 


Thursday, March 06, 2014

DARI SA'DI ( c.12010M - 1291M)


 
KUNANG-KUNANG
 
Pada malam kelam, tatkala anda berada di dalam taman; tentu anda dapat menangkap kerlipan cahaya sang kunang-kunang.
 
Seorang bertanya kepada kunang-kunang, "Kenapa engkau tidak berkelip pada siang hari?"
 
Dengan penuh bijaksana sang kunang-kunang berkata, "Aku lenyap di dalam cahaya matahari."
 
 
[Terjemahan bebas daripada Bustan : DARMA MOHAMMAD].