Friday, October 13, 2006

SINGING WITH A FISH [10]


RAIN
the rain dampens your cheeks
the wind whirls your hair
gelidity is being absolved
at the time our nails brush each other
much as the rainsdrop
i called your name.
as brilliant flowers of the grass
so I carved my tenderness
instantly after the rain halts
i will tender the betrothal.
By
DARMA MOHAMMAD
[Translated from Bahasa Melayu by the author.]
The poem HUJAN (RAIN) was initially published in DEWAN SASTERA ( a Malay literary magazine), August 1977 issue.
The Bahasa Melayu version of the poem reads :
HUJAN
hujan melembabkan pipimu
angin mengangkatkan rambutmu
kedinginan bagai tidak terasa
bila antara kuku kita bertemu
sebanyak titisan hujan itu
aku menyeru namamu
seindah bunga rumput itu
aku meraut cintaku
sebaik-baik hujan berhenti
aku akan melamarmu.
Oleh
DARMA MOHAMMAD

40 comments:

starry nights said...

Just beautiful.I think rain and Romance go together.

ufukhati said...

starry nights,

Yes you're correct.
Many like walking or talking or weeping in the rain or .....

Thank you my friend.

samuru999 said...

Love this!
Beautiful!

Zaharah said...

Wah! Pak darma, ini sajak sebelum saya lahir :-)

sue said...

Nice one..
rain has always been associated with romance, sebab tu citer Hindi mesti ada scene dlm hujan :-)??

ufukhati said...

samuru,

Love to hear that.

Thanks.

ufukhati said...

zaharah,

Memang sajak ini sudah lama saya tulis. Sajak zaman remaja saya. Ia menjadi notlgia kepada saya.

Bagus juga orang lian dapat kongsi.
Apa pun persoalan "cinta" tidak pernah "mati".

Terima kasih.

ufukhati said...

sue,

Again you're right sue when you refer (rain/raining) scenes in the Hindi films; or other films too, say western.

I've some more poems about "Rain" or the reflections of it.

Thank you sue.

Nazhatulshima Nolan said...

Pak Darma,
Mengapa perlu tunggu hujan berhenti? Setelah berhenti, adakah lamaran dibuat?

iamnasra said...

I really miss the rain in Oman..

Don was highlighted in LIP (livinginpoetry.blogspot.com) hope you can join us

Scarlet Kingsnake said...

pak Darma,

indah sekali sajak ini.

ini hasil semasa di zaman remaja? saya memang kagum! saya masa di zaman remaja, apa benda pun tak reti.

ps: apatah lagi semasa di zaman kanak-kanak. anak saya yang baru berusia 4 tahun, dah pun pandai menaip nama penuhnya di PC saya.

ufukhati said...

Puan shima,

Hujan, bagaimana nak pergi? Memang lamaran dibuat. Selepas itu Puan shima tentu dapat duga..(lamaran diterima) dah berkasih sakan...

ufukhati said...

nasra,

You've much shine instead.

I like don's poetry too. I must share your discourse in LIP.

Thank you, nasra.

ufukhati said...

sdr.scarlet,

Betulkah? Mesti sdr. cuba berselindung. Yalah, pandang-pandang tu, takkan tak ada.

Sdr. saya zaman remaja sangat pemalu. Semasa di U, baru ekspos sikit. Di situ batu mula membina self-esteem.

Terima kasih atas perkongsian itu.
Wassalam.

Zaharah said...

Pak Darma, mesti seronok jadi remaja zaman Pak Darma dulu.Ya, persoalan 'cinta' tidak akan pernah 'mati'. Selagi dunia ini wujud.

ufukhati said...

Benar, tapi setengah orang yang "mudah serik" dengannya akan melihat "cinta" itu menyeramkan.

Ah! hal macam ni sdr. zaharah sendiri lebih arif.

sue said...

Pak Darma,
saat paling indah adalah bila hujan berhenti,
bebunga mengembang dan titisan air hujan diatas kelopak dan daun hijau, menitik ke tanah perlahan-lahan,
dan bau tanah merah diwaktu petang selepas hujan..

p/sL: tapi kat sini jerubu, masih menanti hujan :-(

ufukhati said...

sue,

Di Kelantan, (kawasan saya tinggal) tempias jerebu sampai juga. Pokok dibalut kabut (cemar) bukan kabut (selepas hujan). Di sini juga sudah dua tiga hari hujan tak turun.

hakim dirani said...

Pak Darma,
Hujan memang banyak kenangan kepada saya. membaca puisi ini membuatkan saya terpesona.

Adakah ini antara puisi-puisi tentang hujan yang Pak Darma ceritakan di blog saya.

Helmy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Helmy said...

Salam Pak.

Entah mengapa membaca puisi Pak Darma ingatan saya terimbas zaman silam di mana saya berjalan dalam hujan setelah hati saya baru dihancurkan kekasih...pedih...kacau...merintih...tapi aneh, setelah hujan reda, hati saya reda juga...hehehe zaman remaja...zaman mengajar dan terajar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir & Batin

Jiwa Rasa said...

Agaknya ini puisi masa Pak Darma sedang asyik dilamun cinta. Zaman dulu-dulu!

Saya tersenyum sendiri bila cuba bayangkan Pak Darma sedang menulis surat cinta dengan puisi ini.

Surat untuk matair kemudian dikirim di bawah pasu bunga... ;)

ez said...

Salam Edul Fitri buat Tuan Dharma.

ufukhati said...

hakim,

Hujan memang real. Khasnya di kawasan Khatulistiwa. Apa nak buat kami di Kelantan, mulai Okt. + Non. + Dis. apa lagi bermain air sajalah.

Terima kasih, hakim.

ufukhati said...

helmy,

Sajak ini tempias perasaan zaman remaja. (Macam hujan juga).

Ada lagi saya tuturkan perasaan saya berdasarkan hujan. Memang dialami masa hujan.

Helmy, bagus menangis dalam hujan; orang tak tahu kita sedang menagis. Hati luluh dibuatnya, seluluh rumput-rumput di kaki.

Maaf Zahir Batin, Helmy.

ufukhati said...

En.Jiwa,

Memang itu perasaan + pengalaman zaman dahulu. (Zaman itu telah meninggalkan saya--jauh--jauh).

Bila melihat majalah lama, nostalgia itu kembali. (Adalah sesuatu untuk diingat tatkala menjankau umur tua).

Ada semacam keindahan pula.(Bukanlah syok sendiri) kerana memang saya nikmati sarbat buah "percintaan" itu sampai sekarang. Itu tuah saya.

Cuma surat tu, bukan letak di bawah pasu bunga!

Maaf Zahir Batin.

ufukhati said...

ez,

Sama-samalah kita bermaaf-maafan.

Sedar atau tidak; inilah satu KEINDAHAN yang cukup unik (tak pernah ada bandingan)dalam ajaran agama kita BERPUASA kemudian BERAYA dan BERMAAF-MAAFAN.

Puas saya mencari, tetapi ajaran dan amalan ini juga yang terindah.

Wassalam.

dumbdodi said...

Beautiful again and so so romantic.

And it does remind me of lots of romantic hindi songs on rain :-)

cenderawasih said...

huhu hujan n cinta. buat saya rasa muda kembali

ufukhati said...

ddd,

I love Hindi songs. The lyrics are very philosophical. I think the lyricists are poets too.

Thanks ddd for your lovely words and pleasant smile.

ufukhati said...

cenderawasih,

Seperti saya kata : Hujan adalah realiti. Dan kita menghayatinya dengan pelbagai rasa mengikut pengalaman masing-masing.

Hujan macam kekasih. Kalau lama tak turun rasa rindukan titisannya.

Wah, saya pula ikut emosional.

ez said...

Baru terbaca sebuah sajak bertajuk Dinihari (Berita harian). Adakah itu tulisan Tuan Dharma? tetapi daripada kuala Kangsar...

che606 said...

hujan maknanya Perang. Hanya ada di jagat manusia. Oleh itu, dikahyangan tidak pernah hujan. Apa yang ada hanya embun.

Saya pasti, makna 'hujan' banyak terpengaruh dengan cinema cinema tamil. contoh, lihat Penarik Beca oleh P. Ramlee.

ufukhati said...

ez,

Benar,saya ada tulis sebuah sajak tentang pengalaman di Kuala Kangsar. Satu waktu saya sempat solat Subuh di Masjid Ubudiyyah sebelah MCKK. Lahirlah sajak itu.[Saya tak pasti sama ada sdr. membaca sajak yang lain.]

Terima kasih kerana sdr. membaca sajak itu.

===================================

che606,

Terima kasih kerana sudi datang.

Benar kata sdr. Malah "hujan" adalah fenomena biasa bagi sebahagian besar penduduk dunia. Dan manusia menerima kehadiran "hujan" itu.

Sajak saya itu hanya pelukisan biasa. Peluasan makna "hujan" (mungkin untuk sajak-sajak lain) boleh digunakan dalam konteks sajak yang dirujuk itu.

Kedatangan sdr. memeriahkan lagi perkongsian pengalaman dan idea.

Terima kasih che606.

Nur Raina Afsana said...

Assalamualaikum sdr Darma
Hmm... saya curiga, kenapa baru hendak melamar selepas berlaga kuku?

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

ufukhati said...

nur raina,

Itu terjadi kerana berada di bawah satu payung. (Darurat!)

Selepas hujan teduh, memang segalanya berjalan mengikut hukum yang sepatutnya.

Apapun "kecurigaan" sdr. itu wajar saja dan memberi saya pengajaran.

Terima kasih banyak-banyak.

ez said...

Mudah mudahan di Trg juga tidak jerebu dan hujan turun menyambut kepulangan kami...rindu Pantai Batu Buruk walaupun ianya buruk.

ez said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ufukhati said...

ez,

Batu Buruk tempat saya bermain.Istirahat.Melepas lelah.Mencari idea menulis puisi.Mengingat-ingat sesuatu.

Kami pernah baca puisi di sana bersama rakan-rakan penulis Kuala Terengganu. Itu zaman dahulu.

Bila ke Terengganu, pasti saya mencari jejak saya sendiri di sana.

Selamat pulang ke Terengganu, ez.

jiwa merana said...

salam pak darma .. ..

".. .. setelah hujan berhenti langit cerah kembali .. .. dinginnya indah dan membalut tangkai hati dengan kilauan mentari .. .."

ermp, adakalanya sesuatu yg tertunda kerana menunggu waktu yg lebih tepat .. .. ;-) .. ..