Friday, October 06, 2006

SURAT-SURAT AL-GHAZALI


SURAT-SURAT AL-GHAZALI

Membaca surat-surat al-Ghazali kepada para Penguasa, Pejabat Negara dan Ulamak sezaman dengan beliau, tentunya menjadi pelengkap kepada buku-buku karangan beliau.

Terdapat 26 surat panjang kepada pihak tertentu yang dinamakan dengan jelas pihak penerimanya. Membaca warkah-warkah ini anda akan menelah ciri-ciri peribadi al-Ghazali sebagai seorang pemikir agung umat Islam dan penghujah yang hebat. Keberanian beliau memberi pandangan cukup luar biasa dan mungkin tidak pernah anda duga. {Tidaklah diketahui sejauh mana pemikir umat kini miliki keberanian seperti al-Ghazali untuk menulis surat secara terus-terang kepada pihak pemimpin yang memimpin umat Islam.}


Antara yang menerima surat beliau ini ialah : Sanjar Saljuki, Nizamuddin Fakhrul Mulk, Syihabul Islam, Mujiruddin, Mu'inul Mulk, Saadat Khan, Hakim Maghrib-i-Aqsa, Khawaja Iman Abbasi dan ramai lagi. Kandungan berbeza-beza mengikut isu semasa dan tindakan pemimpin berkenaan.

Bebarapa petikan surat itu dikutip di sini:

  • "Jika dunia ini dapat dimisalkan sebagai suatu kendi (yang diperbuat daripada emas) yang rapuh dan lemah; sedang akhirat dapat dibandingkan dengan suatu kendi (yang diperbuat daripada tanah) yang tidak bisa pecah lagi kekal abadi, maka orang-orang bijaksana akan lebih menyukai yang kedua daripada yang pertama. [Kepada Sultan Sanjar Saljuqi]
  • Sungguh sangat disayangkan sekali Anda tidak berfikir tentang agama atau akhirat. Saya khuatir Anda bakal ditimpa kesedihan tanpa akhir di akhirat. [Kepada Nizamuddin Fakhrul Mulk (3)]
  • Saya peringatkan Anda akan kemungkinan jatuh ke dalam penipuan kerana bergabung dengan orang-orang seperti itu yang telah tersesat dari jalan yang lurus dan tidak melaksanakan tugas kewajipan mereka. Nafsu dan keinganan rendah dari diri yang rendah menguasai mereka. [Kepada Hakim-hakim Maghrib-i-Aqsa].
  • Fikiran, tangan dan jari-jari sang penulis ada di atas pena, sedang jasadnya terletak di bawah. Orang yang paling bijaksana sajalah yang meningkat setahap demi setahap dari tingkatan yang paling rendah ke tingkatan rohani yang tinggi. [Kepada salah seorang Amir]

Demikian sekelumit petikan dari warkah al-Ghazali itu.

Kandungan surat-surat itu sungguh menginsafkan. Walaupun ia ditujukan kepada pihak tertentu, ia sesuai untuk semua umat Islam. Isu yang ditimbukan disokong dengan ayat-ayat Suci al-Quran dan Hadis. Pandangannya tegas, berani, kritikal, sinis, beribarat dan terus-terang. Kehebatan al-Ghazali menulis tidak perlu dipersoalkan lagi.

Sekarang saya sedang memikirkan banyak lagi kalimat al-Ghazali yang tercatat di dalam warkahnya itu.

29 comments:

Scarlet Kingsnake said...

pak Darma,

buku ini memang sangat bermanfaat. sekadar maklumat tambahan, prof. al-Attas adalah antara ulama' masa kini yang banyak mendukung pemikiran imam al-Ghazali. malahan, perpustakaan ISTAC (yg ditubuhkan oleh prof. al-Attas) memiliki banyak khazanah hasil tulisan beliau atau yang membincangkan hasil tulisan beliau.

ufukhati said...

Sdr.scarlet,

Pemikir yang sekali gus pengamal kepada ilmunya tetap hebat zaman berzaman.

Saya melihat pemikir seperti ini mampu bertahan zaman berzaman kerana paksi pemikirannya merujuk kepada al-Quran dan Hadis.

Terima kasih atas maklumat sdr. itu.

dingin said...

hurm,

teringat ama Pak Lah,

kerna dia mencari Al Ghazalie juga Al Syafie

ufukhati said...

sdr.dingin,

Kita boleh teringat kepada sesiapa sahaja (lebih-lebih kepada yang paling kita sayang ATAU yang kurang kita sayang!)

Terima kasih kerana sudi datang + tinggalkan pula untaian kata.

Senandung malam said...

Sesungguhnya umat kini memerlukan kepada orang seperti Ghazali yang berjaya melaksanakan tugasnya sebagai hamba Allah yang sebenarnya, dengan mengajak manusia tanpa kira darjat untuk kembali kepada Allah.

Jiwa Rasa said...

Pak Darma sudah buat jiwarasa gelisah bila tengok buku sebgini. Jiwa meruntun-runtun mahu mencari buku seperti ini yang sudah tentu bersifat langka dan susah dicari.

Sudah tentu buku ini tidak akan saya jumpa di MPH, Borders atau Kino!


Kita biasanya kenal AL-Ghazali melalui Ihya Ulumudin. Banyak lagi karya beliau yang perlu dikaji.

Saya masih belum membaca Tahafut Al Falasifah, karya AL Ghazali yang menegur golongan ahli filosof yang terpegun dengan falsafah Yunani.

iamnasra said...

Just to tell you I was here ..hope a new poem on the way

ufukhati said...

senandung,

Hendaknya begitulah.

Kalau tidak pun orang yang BENAR-BENAR faham tugas dan tanggungjawabnya masing-masing sebagai orang BERIMAN.

Terima kasih atas balasan sdr.

ufukhati said...

En.Jiwa,

1. Saya rasa buku ini kena tanya kedai Fajar Ilmu Baru (Pust.Indon) kerana terjemahan Indonesia oleh Haidar Bagis. Yang ada pada saya (gambar kulit itu) cetakan Singapura diterbitkan oleh Speedy Self Study. Saya beli pada 6.2.1984.
2. Saya juga tak banyak milik buku al-Ghazali. Yang ada Ihya, Al-Munqidz Minadh-Dhalaal (Pembebasan Dari Kesesatan), Misykaal-Anwaar(Relung Cahaya) dan beberapa lain.

3. Di dalam surat al-Ghazali kepada Sultan Sanjar Saljugi beliau berkata : "Saya adalah pengarang 70 buah (tajuk) buku." Itu pengakuan beliau sendiri masa dia menulis surat tersebut.
4. Surat-surat itu patut sangat dibaca oleh PEMIMPIN masyarakat (kita pula Pemimpin keluarga)kerana tegurannya khas kepada pemimpin masyarakat dan hakim-hakim Islam. Kata-katanya menusuk ke jantung (apa nak dibahas lagi, bila hujah beliau dalil ayat al-Quran!).

Terima kasih, Encik Jiwa.

ufukhati said...

nasra,

Thank you for visiting.
Oo, you're searching for my poem.

I've so many poems on hand. I'll post it Insya Allah, very soon.

Please check it out.

Thanks.

Zaharah said...

Pak Darma, saya juga akan mencarinya. Terima Kasih!

ufukhati said...

Lain-lain buku Ghazali juga bagus dibaca.

Terima kasih atas minta anda.

rozais al-anamy said...

salam pak darma budiman, kami selalu mahu tahu buku apakah yg sdg dibaca oleh seseorang. Maka, setiap kali kami dikunjungi pelanggan, sambil mengambil tempahan, kami selalu bertanya "buku apakah yang sdg sdr/encik/cik/abg/kakak baca?" jwpan paling menyayatkan selalunya muncul drp pendidik2 sekolah yang dengan bangga berkata "ohh hoo tak larat nak membaca dah adik oiii... cukuplah muntah hijau masa belajar di univ/maktab dulu." Dan lazimnya luka kami digarami dgn soalan "awak nok ambik perikso gapo, yang ralit duk bbaco gitu mo lalu nah nih?"
dan jika mrk ini tahu yg pak darma sdg baca karya al-ghazali spls tidak lagi jadi pendidik spt mrk, apakah reaksi mrk?
p/s pak darma & pak sham dpt kan undgan kami untuk majlis cakna cerpen 17 sept lepas?

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Darma,

Kami mungkin akan menerbitkan semula buku ini! Nama penterjemah itu (Dr.) Haidar Bagir.

Terima kasih.

ufukhati said...

sdr.rozais,

1. Saya ni gemar membaca sejak zaman persekolahan lagi. Sampai sekarang. Malah buku-buku yang dibeli bulan lepas dan bulan ini ada selonggok yang belum dibaca, cuma sempat baca kandungan dan blurb saja. Di samping saya baca buku yang baru dibeli, saya juga baca buku lama yang sedia ada dalam simpanan saya. (Kalau tidak kecil hati buku-buku lama tu).

2. Pengalaman sdr. dengan pelanggan sdr. yang tak membaca itu; memang dijangkakan. Ketiadaan masa menjadi alasan. Ramai orang tak rasai nikmat membaca, sebenarnya.

3. Saya rasa tak ada mana-mana undangan. Norhisham saya tak tahu, dia terima atau tidak. Apa pun perkara lepas, apa nak dikenang.

Selamat hayati Ramadhan untuk sdr. rozais dan zana sekali.

ufukhati said...

Puan Ainon,

Saya rasa Puan mudah berbicara dengan Dr.Haidar Bagir (penterjemahnya sendiri) kerana sudah ada hubungan antara PTS dan MIZAN, berkenaan dengan buku itu.

Saya rasa surat-surat tokoh/penulis yang ada "brand" ini ada peminatnya sendiri. Kalau ingat dulu, surat-surat Mariam Jamilah, begitu laris di pasaran.

Wassalam.

dingin said...

Lupa,

terima kasih kerna mencatat di blog saya yang coklat itu,

mohon tunjuk ajar (terpengaruh cerita kartun Jepun)

mxypltk said...

Terima kasih juga dari saya, kerana melawat blog saya. Teruja juga seorang senior dalam sastera mengintai blog yang seadanya tu. Jenguk la lagi. Ahlan wa sahlan (chewah Arab sikit):)

ufukhati said...

sdr.dingin,

Oh, begitu rupanya. Memang kartun Jepun hebat. Sebab itu dapat "takluk" dunia. Kartunisnya memang hebat.

Terima kasih sdr.

===================================

sdr.mxypltk,

Meman bab buku-buku ni sangat saya minati. Saya sentiasa mencari dan mencari. Mahu tahu katakan.

Terima kasih sdr.

hakim dirani said...

Pak Darma,
Mungkin boleh saya tahu edisi arabnya.

ufukhati said...

sdr. hakim,

Nampkanya buku yang saya miliki ini agak kurang lengkap. Sayang sekali di sebelah dalamnya tidak dicatat tajuk dalam Bahasa Arabnya. Selalunya buku-buku lain dicatat tajuk bahasa Arabnya.

Buku itu nyata sekali mula-mula diterbitkan di Indonesia dan penterjemahnya ialah Haidar Bagir. Mengikut Puan Ainon (dalam blog beliau), Haidar Bagir sekarang ini boss Penerbit Mizan di Indonesia.
Penulis asalnya Abdul Qayyum.

Terima kasih. Wassalam.

Abang Long said...

wahai saudaraku Pak Dharma,
AL- Ghazali telah ditemui, dimanakah As-Syafie ?, membaca satu perkara, memahami satu perkara lain, melaksanakan dari apa yang dibaca dan difahami itu lebih diagungkan.

ufukhati said...

abang long,

Sungguh setujulah saya pandangan sdr.itu.

Nak lihat amalannya, praktikalnya, perbuatannya, kelakuannya....

Saya insaf sangat dah ni.

Terima kasih sdr.

Nazhatulshima Nolan said...

Pak Darma,
Mohon maaf menyelitkan komen tak berkaitan dengan pos ini. Hanya ingin menjawab pertanyaan Pak Darma dalam blog Through My Eyes saya kerana takut tak terperasaan di sebalik timbunan komen pelajar saya. Untuk hadiah misteri itu, boleh saja. Seperti tawaran saya kepada scarlet kingsnake,saya memohon bantuan memilih 10 posting terbaik,iaitu bertindak sebagai 'external jury'. Itu pun sekiranya Pak Darma berkesempatan dan sudi membantu. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

ufukhati said...

Puan shima,

Terima kasih banyak-banyak atas pelawaan itu.

Bukan saya keberatan, tetapi saya ni bak kata orang Kelantan "tak tau gappa satu".

Selamat menyambut Idulfitri. Maaf zahir batin.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Darma,

Saya sudah hantar link blog Tuan ini kepada Dr. Haidar. Beliau terkejut!

Dr. Haidar Bagir menterjemahkan karya itu sewaktu beliau masih mahasiswa.

Dr. Haidar adalah pengasas MIZAN bersama ayah saudaranya, waktu itu beliau baru berusia 24 tahun.

Sekarang beliau memiliki 49% ekuiti dalam PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Anak syarikat ini ditubuhkan bagi memudahkan lagi lintas 2-hala buku2 PTS dan MIZAN.

Baru-baru ini Dr. Haidar dilantik sebagai pensyarah di ISTAAC selama 2 tahun.

Najwa Aiman said...

dan pemerintah dan penguasa zaman ini, akan melatahkah mereka menerima surat Ghazali?

che606 said...

Pak Darma, dewasa ini ramai yang 'mencari Al Ghazali'. Adakah mereka dan dia berjumpa?

dariana said...

Carilah kitab-kitab Al-Ghazali bukan tuannya; sebagaimana mengaji al-quran dan sunnah demi mengutip segala hikmahnya.

Allah Subhanahu wa Taala dan Rasulullah s.a.w tidak pernah mahu manusia mecarinya.