Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Thursday, June 08, 2023

KERDIP : PESAN-PESAN BEDIUZZAMAN SAID NURSI

 Alhamdulillah.

Telah terbit sebuah buku umum KERDIP yang diterbitkan oleh Baytul Hikma, 2023.

Buku ini cuba memperkenalkan salah seorang tokoh Islam penting di Turkeye, Bediuzzaman Said Nursi.

Buku ini mengandungi 31 Bab (dinamakan Kerdip) dan setiap Bab (Kerdip) mengandungi 5 subtopik seperti berikut :

1. Keagungan Firman (mafhum ayat Suci al-Quran)

2. Benih Hikmah (petikan daripada 'The Gleams')

3. Jejak Hidup Nursi (

4.Surat Nursi (petikan daripada 'The Letters'

5. Kerdip di Kalbu (sisipan sajak pendek oleh penulis)

Insya-Allah, buku ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat, ditulis secara santai, mudah difaham, pastinya penuh maklumat tentang kehidupan Nursi, memaparkan 31 petikan pemikiran Nursi tentang kehidupan dan kematian, refleksi terhadap pemikiran Nursi dan untai sajak pendek oleh penulis berkaitan dengan persoalan hidup dan kerohanian.

Tiada hari tanpa membaca. 

Wassalam.



  


Friday, December 09, 2022

KAMUS PERIBAHASA JEPUN DAN PADANAN PERIBAHASA MELAYU

  "Ini sebuah kamus peribahasa yang unik. 

Di samping memperkenalkan peribahasa Jepun dalam bentuk asalnya,

penyusun memberikan padanan peribahasa Melayu yang mempunyai

maksud yang sama atau hampir sama. 

Alangkah luar biasa, bangsa yang begitu jauh dipisahkan oleh jarak, 

namun wujud begitu banyak persamaan suara nuraninya."


*********

Demi menyampaikan suara nurani dua bangsa ini

melalui pengucapan peribahasa,

kami berusaha mencantumkannya melalui sebuah buku.

Buku ini menagndungi sejumlah 2078 peribahasa Jepun dan 2078 padanan

peribahasa Melayu,

tercantum dalam 434 halaman lengkap. 


**********



Mesra dan hormat daripada penulis :


LEYLA SHURI (Okinawa, Jepun) 

DARMA MOHAMMAD (Kelantan, Malaysia)



Monday, November 28, 2022

UTUSAN KE VOLGA

 'MISSION TO THE VOLGA'



    Catatan Ibn Fadlan mulai dibaca di serata dunia. Pasti sekali peminat sejarah Islam mendapat sesuatu maklumat berharga tentang perkembangan Islam itu sendiri.

    Pena hanya alat penulisan yang kecil, tetap meninggalkan kesan yang besar bila ia berada di tangan seorang penulis, tidak kira apa jawatan, tugas, pekerjaan seseorang itu.

    Dalam abad ke-4 Hijrah (atau abad ke 10 Masihi), berlakulah peristiwa ini. Ibn Fadlan dipilih menyertai satu utusan Khalifah Abasiyyah Al-Muqtadir ke Volga. Mereka bertolak dari Baghdad pada 12 Safar 309 H (21 Jun 921 M). 

    Perjalanan menaiki unta dan berjalan kaki penuh cabaran merentasi dadang pasir, bukit bukau dan sungai dan singgah di banyak penempatan; antaranya Bukhara, Khwarazm, Al-Jurjaniyyah, Ghuzziyyah, Bajanak, Bashghird, Bulghars (Voga) , Rusiyyah dan Kazars. Ini semua berada di Asia Tengah. 

    Pada waktu ini Raja Volga (Bulghars), Yiltawar baru memeluk Islam. Penduduk lain di sekitarnya umumnya belum Islam. Ibn Fadlan mencatatkan apa yang dilihat tatkala berada di tengah masyarakat sepanjang perjalanan beliau.

    Sekadar contoh, beliau menyaksikan kemiskinan penduduk, perniagaan hamba, hukuman ke atas pesalah mengikut tradisi kaum, adat pengebumian mayat. Ibn Fadlan juga berdakwah dan mengislamkan penduduk di Volga.

    Sekadar contoh, Ib Fadlan menyaksikan mayat pembesar kaum Rusiyyah, dibakar di atas kapal. Sebelum dibakar, mereka mengadakan pesta minum arak. Seorang hamba perempuan dikorbankan (dibakar) bersama mayat pembesar itu. 

    Pasangan yang berselingkuh (hubungan sulit) di Ghuzziyyah, mereka ditambat pada pokok dan dibiarkan mati di situ. Begitu juga di Bulghars (sebelum Islam) diikat dan dicencang hingga mati. Manakala hukuman ke atas pencuri atau perompak akan digantung di atas pokok dan dibiarkan mati dan reput di situ.

    Pembaca dapat membuat refleksi kehidupan masyarakat Islam abad ke-10 Masihi seperti keadaan di Kerajaan Abasiyyah di Baghdad. Ketika ini, masyarakat di Eropah dan di Asia Tengah (abad ke-10 Masihi) masih berada dalam Zaman Gelap (Dark Ages).

    Catatan Ibn Fadlan membuka mata orang timur atau orang barat.  

    Wassalam.

     


Wednesday, August 31, 2022

BUKU YANG SAMPAI KE MEJA SEPANJANG BULAN OGOS 2022 (BULAN KEMERDEKAAN)

 Alhamdulillah.

Sepanjang Ogos 2022 sejumlah buku tiba di meja. Hari ini hari ulang tahun Kemerdekaan negara. Di sana sini orang bertutur tentang Kemerdekaan.

Buku mengalir ke segala arah menemui para pembaca. Tahniah para penulis dan penerbit yang gigih menghasilkan buku.  

Buku-buku juga dapat dilihat sebagai cermin Kemerdekaan. Tafsir wajah yang tampil daripada buku-buku yang dihasilkan dan kutip ilmu, buah fikiran dan pengalaman penulis-pebulisnya. 

Ini buku yang samapi ke meja saya sepanjang bulan Ogos 2022.


1. Amthal Rasulullah S.A.W.,  Muhamad Husin & Mohd Suki Othman, UPM

2. Hadith Sifat Polimik Takwil,  Umar Muhammad Noor, UPM

3. Langit Biru, Alif Zamri (Kumpulan Haiku), Alif Zamri

4. Singgalah Dari Kartika ke Kartika Sehingga Kaugenggami Makna, (Antologi Puisi Hari Sastera ke-18), Amiruddin Ali dll, Gapena & Nuha Books

5. Kota Bharu Dalam Puisi, Mazli Husma & Mukhtar Mustafa, KS/Pustaka Dewan Puisi

6. Sebutir Bintang, Ghazali Sulong & Mukhtar Mustafa (Penyelenggara), KS/Pustaka Dewan Puisi

7. Train to Dabong 2, Mukhtar Mustafa (Penyusun), Pustaka Dewan Puisi

8. Serapah Tembang Perantau dari Tanah Petualang, (Kumpulan Puisi), Shamsudin Othman, Sindiket Sol-Jah

9. Diajaknya Cinta ke Rumah Mimpi, Dia Pun Terlena di Tilam Janji, (Kumpulan Puisi), Amiruddin Ali, Sindiket Sol-Jah

10. Ya Allah Aku Bangkit, Sri Diah Shaharuddin & Juhairiah Ali, Writers Write Services

11. Kamus Dewan Perdana, Dewan Bahasa dan Pustaka


Memetik ungkapan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni :

"Orang yang ketagih membaca disertai dengan kefahaman yang mendalam akan diabadikan sebagai orang yang cerdas."

(Petikan daripada buku beliau, 'Asyik : Aku, Buku dan Cinta',[terjemahan], 2009, Al-Hidayah Publication)


Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Semoga kita semua diberkati Allah. Wassalam.


Tuesday, August 16, 2022

KUMPULAN HAIKU "LANGIT BIRU" OLEH ALIF ZAMRI

 Alhamdulillah. 

    Tahniah kepada sahabat Alif Zamri kerana menghasilkan kumpulan haiku 'Langit Biru' (Julai 2022). Alif  dari Pulau Pinang sekian lama menekuni haiku, puisi klasik Jepun. Kami sama-sama belajar mendalami dan menulis haiku dalam bahasa Melayu dengan sensei Leyla Shuri dari Okinawa Jepun.

    Alif  setia dengan teknik penulisan haiku Jepun yang asal. Maksud saya, Alif mematuhi syarat utama penulisan haiku sebenar yang menggunakan 17 suku kata (5-7-5) dan setiap untai haiku mempunyai kata musim (kigo). Persoalan yang diangkat oleh Alif menyentuh hal-hal kehidupan sehari-hari beliau dan masyarakat Malaysia umumnya. 

    Dengan pengucapan yang padat (ringkas), Alif cuba menyampaikan kesan emosinya terhadap apa yang dilkihat dan dirasainya. Ini satu perkara yang bukan mudah. Ketajaman pemerhatian merupakan satu unsur penting harus ada pada seorang yang ingin menulis haiku yang baik.Syabas Alif Zamri kerana mampu menghidangkan haiku-haiku yang menarik dalam kumpulan ini. 

                Izinkan saya memetik Haiku 130 :

                       

                       Awan bersisik

                       dilihat dari pantai

                       ikan raksasa.


    Peminat haiku yang ingin menulis haiku, patut membaca buku ini. Di bahagian akhir buku ini, penulis meletakkan senarai lengkap kata musim (kigo) yang digunakan dalam haiku-haikunya. Ini sangat bermanfaat kepada pembaca yang ingin mengenali ciri-ciri haiku yang sebenar. 

    Kelahiran buku ini memeriahkan lagi dunia persuratan Melayu dan menjadikan dunia persuratan kita lebih berwarna warni. Insya-Allah, Alif terus menulis haiku dan/atau lain-lain genre kegemaran. Sekali melangkah, terus ke hadapan dengan karya yang tetap terjaga mutunya. Aamiin.

 




Wednesday, May 11, 2016

NAMA PENA 12 PENGARANG DUNIA

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa 

Mark Twain


Richard Bachman



Pablo Neruda

merupakan nama-nama pena dalam dunia persuratan.

Jika berminat sila rujuk :



[Terima kasih kepada bustle.com]

Apa yang baik ambil, apa yang buruk tohok.
Wassalam.

Friday, April 22, 2016

PROSES KREATIF : COLM TOIBIN
[Penulis Ireland)

Jika saudara peminat sastera atau bidang penulisan
sila lapangkan 14 minit masa anda untuk mendengar
pengalaman penulis Colm Toibin.

Apa yang baik ambil, apa yang buruk tohok.

Wassalam.


Image result for colm toibin

Saturday, January 16, 2016

APA DI SEBALIK SHOJI YAMAGUJI

APA DI SEBALIK SHOJI YAMAGUJI

Theaster Gates. Begitu nama yang menggubah Shoji Yamaguji. Beliau tinggal di Chicago, seorang penggemar seramik. Membuka studio seramik di Selatan Chicago. Bukan senang bagi beliau untuk menarik perhatian penduduk sekitarnya pada waktu itu (sekitar 2006). 

Pada 2007 dia dengan beraninya membuat pameran seramik di Pusat Seni Hyde Park. Dia tahu bagaimana untuk menarik perhartian peminat seramik datang ke pamerannya. Maka muncullah nama Shoji Yamaguji. Sungguh hebat, ini dianggap pameran seramik timur kerana nama itu dikaitkan dengan negara Jepun.

Nama itu sebenarnya tidak pernah wujud sebagai pengukir seramik di Jepun atau di mana-mana. Dia hanya menggunakan kreativitinya untuk meletak sebuah nama pada satu pameran. (Seperti sdr meletakkan sebuah tajuk pada sebuah novel!). 

Namun Theaster mempunyai alasan yang munsabah. Shoji Hamada (1894-1978) adalah nama sebenar pakar seramik Jepun. Yamaguci juga nama di Jepun, tempat Theaster meniumba ilmu dalam bidang seramik. Lantas Shoji dan Yamaguci digabungkan menjadi nama pameran itu.

Banyak perkara yang dibicarakan oleh Will Gompertz di dalam bukunya "Think Like an Artist" (Penguin Books, 2015).


Selamat membaca.

 

Monday, January 04, 2016

IKHTISAR SEJARAH KELANTAN



Buku 'Ikhtisar Sejarah Kelantan' karangan Abdul Razak Mahmud memasukkan sejarah awal negeri Kelantan. Mengikut penulis, Kelantan lebih tua daripada negeri-negeri Melayu yang lain.

Nama awal Kelanta  ialah 'Medang Kamulan".Kemudian 'Medan Gana" (Medang Permulaan atau Teras Medang). Nama ini digunakan sebelum abad ke-5.

Kemudiannya dikenali 'Kalatana" atau "Tanah Kala". Catatan China menyebut "Ho-lo-tan" atau "Ko'u-lo-tan". Nama ini gunakan awal abad ke-6.

Pada akhir abad ke-6, nama "Raktamritika" digunakan yang membawa makna "Negeri Tanah Merah". Raktamritika ini merujuk kepada "Chi'ih-tu" yang disebut oleh Wei Cheng (581-643) dalam Shi-Shu. 

Dalam abad ke-7 pula diberi nama baharu iaitu "Sri Wijaya Mala" menggantikan Raktamritika. Penulis kemudiannya menggalur sejarah Sri Wijaya Mala itu hingga abad ke-13, abad ke-14, sehinmgga Kelantan bergabung dengan Patani pada tahun 1502. Gabungan ini termasuk juga negeri Terengganu.

Pengkisahan sejarah Kelantan ini berjalan terus. Peminat sejarah Kelantan zaman dahulu hingga sekarang perlu membaca buku ini. Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat melayu Kelantan 2015.

Selamat membaca. Wassalam.