Friday, November 10, 2006

SINGING WITH A FISH [ 12 ]

LANTERN : A PROEM
i wish you to be, lantern
an emblem of the darkness. possibly
i could comprehend the meaning of cruelty within life.
i wish you to be, lantern
a torch by the pathway. possibly
i could choose the sense of generosity within speech.
-o-o-o-o-o-
by DARMA MOHAMMAD
kuala terengganu, 1978
[ Translated from Malay by the author. ]
The poem, LENTERA : SATU AWALAN (LANTERN : A PROEM) was published in
GEMA MEMBELAH GEMA 4, GAPENA, 1978.
This is the Malay version of the poem.
LENTERA : SATU AWALAN
aku mahu jadikan kau, lentera
tamsil antara gelap. kalau bisa
aku membaca erti kekejaman antara hidup.
aku mahu jadikan kau, lentera
pelita antara haluan. kalau bisa
aku memilih erti kebaikan antara ucapan.
oleh DARMA MOHAMMAD
kuala terengganu, 1978.

32 comments:

Rebecca Ilham said...

Salam.

Boleh saya panggil Pak Darma?
Saya pun dari Tanah Serendah Sekebun Bunga juga! : )

Plus Ultra said...

Lovely, the lantern lighting up the darkness, chasing away the shadows so that even our generosity towards each other (love) would be seen in our speech (and of course thoghts and actions), I like the Bahasa version better but the English translation has not lost much and is charming in its own way. Let us all be lanterns and if I am a little dim, please shine brightly for me ....

ufukhati said...

rebecca,

Itulah panggilann yang sungguh anggun. Saya sungguh berkenan.

Sila baca juga, entri sebelum ini tentang bagaimana CIK SITI WAN KEMBANG mendapat gelaran "SITI".

Terima kasih.

ufukhati said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hakim dirani said...

Pak Darma,
Saya cukup kagum dengan kebolehan anda berpuisi. jika tak menjadi keberatan Pak Darma, boleh tak beritahu saya buku-buku rujukan untuk menulis puisi.

ufukhati said...

plus ultra (Dr.Ng Kian Seng),

Thanks for the very promising comment.

In my case, translating poetry is not an easy task, especially from BM into English. If I'm trying to be too faithful to the text, I have to translate word for word. By doing so, I might renounce the meaning of the original text.

You like the Bahasa version, so do I as an author of the poem. I admit that my translation is not good enough but you have given me hope and confidence. You say : "(the translation) is charming in its own way". [If you like to read my recent poem in Bahasa, do check it out in DEWAN SASTERA, November 2006 edition. The title of the poem is : HELAI-HELAI AWAN TERAPUNG DI LAUT.]

"Let us all be lanterns"
Yes, Dr.Ng Kian Seng, you have brightened up my vision and insight.

Thanks a lot.

ufukhati said...

sdr.hakim,

Jika sdr. berada di Malaysia, buku yang sdr. maksudkan itu boleh didapati.

Apa pun, jika sdr. minat menulis, tulislah. Anggapkan itu sebagai latihan. Cuba baca puisi-puisi di internet dan telaah cara mereka menulis. Banyak puisi yang baik di sana.

Terima kasih atas penilaian sdr. itu. Sebenarnya saya hanya penulis biasa; menulis kerana minat saya ada di situ. Saya anggap saya masih dalam latihan dan saya tidak tahu bila latihan ini akan berakhir. Oleh kerana "latihan" ini tidak dikenakan apa-apa bayaran, maka terus membuat latihan ini.Saya tidak pernah puas hati dengan mutu sajak saya.

Gembira saya bila sdr. berminat untuk menulis. Sdr.mempunyai peluang yang terbaik untuk menyebarkan ilmu dan buah fikiran, memandangkan sdr. seorang terpelajar. Masyarakat kita memerlukan sumbangan insan seperti sdr.

Wassalam.

zalisa maz said...

Puisi indah seperti ini sukar difahami jika membaca dengan mata...

ufukhati said...

zalisa,

Hanya sedikit "diam", pasti kita dapat menikmatinya. Puisi tidak sukar, cuma ia perlu sedikit belaian fikiran.

Itu keindahan puisi, secara diam-diam ia menggoda (jiwa halus manusia).

Terima kasih atas pandangan sdr. itu.

Don Iannone said...

Really lovely. Said so well. Thank you.

ufukhati said...

don,

For sure, every body is searching for "lights". The gleam (hopefully)will soothe the human heart.
And plus ultra said : "Let us all be lanterns". A point to ponder.

Thank you, don.

samuru999 said...

Wonderful!
Thank you!

Margie

Jiwa Rasa said...

Pak Darma,

Minat sungguh dengan ikan?
Baru semalam saya baca cerpen `ikan kelah' Pak Darma yang keluar di Siasah. Bagus betul. Saya suka! Alegori yang tepat. Sedangkan ikan kelah yang tiada berlidah boleh menjaga kata.

Saya harap semua penulis dapat baca cerpen Pak Darma itu.

Tahniah & Terima Kasih!

ufukhati said...

Margie,

It's raining here at this hour. I'm worried about my lantern will wane. Hopefully not.

Happy day and thank you.

ufukhati said...

En.Jiwa,

Memang saya sukakan ikan. Baru-baru ini ssya memelihara dua ekor ikan kelah, entah mengapa kedua-duanya mati.

Mengenangkan kemantian ikan-ikan itulah saya tulis cerpen berkenaan dengan nama watak "Iklah" (Ikan Kelah). En.Jiwa tak terperanjat dengan teknik cerpen itu yang ditulis agak "surreal" (disengajakan) kerana sikap manusia nampaknya begitu "absurd" dan
jungkir balik! [Tak sangka En.Jiwa menatap cerpen saya itu. Terima kasih.]

Sebagai ganti dua ekor ikan kelah yang mati itu, saya kini sedang pelihara dua ikan yang dilabelkan namanya (oleh pekedai) sebagai IKAN CAHAYA BULAN.Saya tak tahu asalnya dari mana. Tubuhnya bersisik perak dan berkilau-kilauan. Nampaknya ikan ini lebih lasak, cergas dan lincah. Ikan lain tidak boleh pelihara bersama. Semua akan disambarnya.

Demikian kisah cerpen dan ikan.
Bahagia selalu kepada En.Jiwa dan keluarga.

Zaharah said...

Pak Darma, saya juga minat memelihara ikan. Tapi, ikan yg saya pelihara asyik mati.Agaknya, tangan saya ni tak sesuai mebela ikan, mungkin hanya sesuai memakan ikan. :) Apapun, saya sukakan puisi pak darma yang pendek tetapi comel maknanya.

jiwa merana said...

salam pak darma .. ..

ermp, ini kali pertama utk Jiwa harus menikmati puisi dgn membacanya berulang kali demi menjejaki maknanya .. .. mencabar penikmatnya .. .. biar pendek namun maknanya panjang dan besar .. .. ahah .. ..

ermp, apa itu ikan laga?! .. .. ahah .. ..

ufukhati said...

zaharah,

Memang memelihara ikan huasan, banyak kerenahnya. Ada orang beritahu saya, ikan yang payah mati ialah ikan kaloi tempatan. Tetapi kena pelihara seekor sahaja di dalam akuarium. Saya tak pernah memelihara ikan kaloi. Sekarang yang ada itulah : dua ekor ikan CAHAYA BULAN.

Puisi "Lentera : Satu Awalan" sebuah lama yang saya ziarahi kembali. Saya senang kepada puisi itu, sebab itu saya terjemahkan untuk rakan blog saya yang tidak tahu BM.

Terima kasih zaharah.

===================================

sdr. jiwa merana,

Banyak kali baca sajak tak apa; saya bukan minta royalti pula. Ada makna di sebalik kata-kata dalam sajak itu. Sdr. tafsirlah sendiri.

Susah hendak jawab soalan ikan laga itu. Sama susahnya saya nak teka apa itu : ermp?

Saya sungguh terhibur.
Terima kasih sdr. jiwa merana.

Scarlet Kingsnake said...

pak Darma,

just to say that i was here.

i have no meaningful comment this time. the lantern/lentera in a poem is not a common concept for me. but i enjoyed it nonetheless.

ufukhati said...

sdr.scarlet,

Thank you.

ez said...

Tuan Dharma, terigin saya membaca cerpen Ikan Kelah yang dikatakan oleh Encik Jiwa. Di mana saya boleh membacanya? dlm web mana?

ufukhati said...

ez,

Ah bagus kalau nak berkongsi pandangan/luahan hati saya dengan cerpen itu.

Cerpen itu dicetak dalam akhbar (saiz kecil) SIASAH, keluaran 3-24 November 2006. Akhbar itu masih ada di pasaran.

Cerpen itu sengaja ditulis dalam teknik demikian (yang aneh seperti ikan bercakap), menirukan apa yang dibuat oleh seniman kita zaman dahulu - zaman sastera rakyat.

Akhbar itu terbit dua minggu sekali. Saya sangat tertarik dengan halaman sastera budaya dalam akhbar itu yang membincangkan topik-topik sastera semasa dan tulisan yang bermutu.

Selamat membaca.

shaFriza said...

Assalamua'laikum...
Kunjungan balas. Saya suka membaca puisi, namun melahirkan satu puisi bukan satu kecerdikan saya.

Setuju dengan kata2 kakak zalisa_maz, membaca puisi memerlukan kesabaran dan perlu membaca dengan hati...

jiwa merana said...

salam pak darma .. ..

".. .. seandai bisa mendepani detik di depan dan seandai bisa juga mendepani wajah kebijaksanaan, ilhamkan aku keajaiban yg nyata .. .."

pak darma, "ermp" itu suatu ekspresi yg merungkaikan byk rasa dan makna .. .. ikut situasi dan masa .. .. Jiwa juga terhibur di sini .. .. menikmati sesuatu yg mencabar dan merangsang keinginan utk berpuisi .. .. ahah .. ..

Monster Mom said...

Baik lantern, lilin atau dian yg mana ianya menerangi kegelapan, amat mengusik jiwa saya. Teringat akan ibu yang sehingga kini masih menjadi dian kepada keluarga.....

ufukhati said...

shafriza,

Membaca puisi (yang baik) juga satu kepuasan. Itu yang saya alami ketika membaca puisi karya penulis terkenal. Saya cadangkan sdr. cuba cari puisi Jalaluddin Rumi (antara lain).

Terima kasih shafriza.

===================================

sdr.jiwa merana,

"ermp" satu letusan kata (suara) yang boleh menggambarkan apa saja kejutan. Kreatif juga anda mengejanya : e-r-m-p

Terima kasih sdr.

===================================

junita,

"Kasihnya ibu memmbawa ke syurga".

Renungi mata ibu,
sentuhi hati ibu,
dengari suara ibu,
patuhi nasihat ibu,
layani pandangan ibu,
usapi air mata ibu,
kucupi tangan ibu,
kasihi jiwa dan raga ibu,
kerana "ibu" tidak pernah ada pengganti di dunia dan di akhirat.
-dm-

terima kasih junita.

Scarlet Kingsnake said...

[kerana "ibu" tidak pernah ada pengganti di dunia dan di akhirat.]

saya setuju sepenuhnya. seorang yang saya kenali pernah dalam dilemma terpaksa memilih antara isteri dan ibu. mujurlah beliau tidak silap memilih kerana isteri memang boleh ditukar ganti. meski pun itu bukanlah apa yang dikehendaki tapi hakikatnya begitulah. barangkali dalam dunia yang ideal, semuanya baik2 belaka menantu dan mertua tapi bukan semua dapat nasib yang sama. walau pun perit namun ada juga yang terpaksa sampai ke tahap memilih - dan pada masa itu patutlah kita sedar bahawa ibu itulah yang utama.

ufukhati said...

sdr.SK,

Memang kes yang sdr.sebutkan itu rumit hendak diselesaikan. Perundingan secara ikhlas dan tolak-ansur mampu menjernihkan keadaan yang keruh.

Memang sukar untuk menghuraikan kekusutan dalam situasi "Ditelah mati mak, diluah mati bapa". Namun dengan berlapang dada dan nawaitu yang ikhlas, Insya Allah penyelesaian terbaik dapat dicapai.

Kepada pembaca umumnya :

Apa pun, jangan sama sekali mencerca ibu yang melahirkan kita kalaupun kita berbeda pendapat dengannya. Percakapan yang lembut dan tutur kata yang bersopan hendaklah digunakan tatkala berkira-bicara dengan seorang ibu.
[Itu pandangan saya.]

Terima kasih SK.

iamnasra said...

LANTERN : A PROEM
i wish you to be, lantern
an emblem of the darkness. possibly
i could comprehend the meaning of cruelty within life.
i wish you to be, lantern
a torch by the pathway. possibly
i could choose the sense of generosity within speech.

Beautiful ...just that

ufukhati said...

nasra,

Very nice note.
Thank you very much.

Fahd Razy said...

Salam kunjungan. Puisi yang indah sekali. Seringkali saya terbaca karya Pak Darma, lalu terdiam. Cantik dan memikat.

ufukhati said...

fahd razy,

Terima kasih kalau begitu.

Saya hanya rajin menulis, kerana itu "duania" saya.

Terima kasih sekali lagi.