Monday, May 19, 2014

Daripada Sa'di (c.1210M - 1291M)







PERIHAL SANG KAYA DAN SANG PAPA


      Jangan engkau anggap maruah tidak sehebat kedaulatan, dan tidak ada Negara bebas daripada mempedulikan rakyatnya melainkan kepada golongan darwis.



       Mereka yang kurang membawa bebanan akan tiba lebih dahulu ke destinasi.




       Sang miskin menderita kerana kekurangan makanan; manakala sang penguasa pula dengan tanggungjawab terhadap negaranya.



        Satu pihak menjadi penguasa dan satu pihak lagi menjadi rakyat. Penguasa mungkin akan disanjung setinggi Zuhal, manakala rakyat mungkin terpuruk di dalam penjara.



        Bila dua golongan ini meninggal dunia, tidak dapat dikenal pasti bagaimana kedudukan mereka di alam barzakh.



[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad]



Monday, May 05, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)

LELAKI DAN SERIGALA

         Seorang lelaki memelihara seekor anak serigala. Tanpa diduga, setelah serigala itu besar dan kuat serigala itu merobek tubuh sang pemelihara.

         Tatkala itu datang seorang pendeta dan berkata kepada sang lelaki, "Kamu sepatutnya tidak alami kecederaan seperti ini, kerana kamulah yang memelihara dengan baik musuh kamu itu."

         Kami tentunya sangat mahu hendak mengangkat muka kerana selama ini kami berbaik dengan syaitan dan bermusuh dengan Allah.

         Sahabat engkau tidak lagi mengaku sahabat, bila engkau bersekongkol dengan musuhnya.

         Orang yang tinggal serumah dengan musuh, selayaknya dia menjadi renggang dengan sahabatnya.


[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad]



Monday, April 07, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)



SETITIK HUJAN



Pada musim bunga, hujan gugur ke laut. Melihat laut yang begitu luas tiba-tiba setitik hujan itu berasa malu.

"Di mana kedudukan aku di tengah-tengah lautan luas ini? Aku sebenarnya sudah tidak ada lagi."

Dalam menyedari dirinya begitu hina, tiba-tiba tiram menariknya masuk ke pelukannya. Berlakukan takdir. Lama kelamaan titik hujan itu kemudiannya menjadi sebiji mutiara yang cantik.

Daripada keadaan hina, kini dia dipandang mulia. Dahulu dia berada di pintu kemusnahan, kini dia masih wujud.   

BUSTAN : Terjemahan teks Darma Mohamad.





Thursday, March 20, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)




KEBIJAKSANAAN SANG KELDAI


Seorang lelaki menangis di tengah padang pasir kerana telah ditinggalkan
kafilahnya merintih, "Tidak ada yang lebih menderita daripada aku di tengah-tengah padang pasir ini."

Sang Keldai yang penuh dengan muatan di atas belakangnya berkata, "Wahai orang yang tidak berakal, selama mana engkau akan merintih tentang nasib engkau? Berjalanlah, engkau patut bersyukur kerana walaupun engkau tidak menunggang keldai, engkau bukan keldai yang ditunggangi manusia."

[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad.] 


Thursday, March 06, 2014

DARI SA'DI ( c.12010M - 1291M)


 
KUNANG-KUNANG
 
Pada malam kelam, tatkala anda berada di dalam taman; tentu anda dapat menangkap kerlipan cahaya sang kunang-kunang.
 
Seorang bertanya kepada kunang-kunang, "Kenapa engkau tidak berkelip pada siang hari?"
 
Dengan penuh bijaksana sang kunang-kunang berkata, "Aku lenyap di dalam cahaya matahari."
 
 
[Terjemahan bebas daripada Bustan : DARMA MOHAMMAD].

 


Monday, March 03, 2014

Teringat Hafez (c. 1320M  - 1389M)

 
HAFEZ : SEDUTAN [3]
 
 
Ikutlah lorong ini untuk bersatu dengan cinta.
Mampukah pena bisu ini mengungkap rahsia cinta?
 
[Terjemahan teks : DARMA MOHAMMAD]


Saturday, February 22, 2014

Teringat Hafez

 
Teringat Hafeez (2)
 
Doa dinihari, rintihan malam : kunci memasuki gerbang kasih.
Lalui jalan ini untuk bersatu dengan orang tercinta. 
 
 [Sedutan puisi Hafez : Terjemahan Darma Mohammad]

Monday, February 17, 2014

Teringat Hafez

Fajar yang lalu, aku berkisah kepada sang bayu, akan hasratku;
terdengar suara, "Amanlah engkau dalam nikmat kurnia Tuhan."  
 
[Maksud petikan ghazal Hafez]
 
 
 

Friday, February 07, 2014

PINTU DIBUKA SEMULA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
 
Alhamdulillah
Jumaat penghulu hari
saya berada di depan pintu ini
tertutup sekian lama.
Dengan kunci di jari
pintu dibuka semula.
Insya-Allah
mendapat reda Ilahi
dan mensyukuri nikmat-Nya.
 
******
DARMA MOHAMMAD

Friday, November 24, 2006

I NEED A BREAK

DEAR FRIENDS
I WON'T BE BLOGGING FOR THE REST OF THE YEAR.
YOU CAN KEEP IN TOUCH WITH ME IF YOU WISH ON
I MISS YOU ALL.
THANK YOU.
(DARMA MOHAMMAD)
ooo---ooo---ooo
SAUDARA
SAYA TIDAK DAPAT MENGEMAS-KINI BLOG INI
HINGGA KE HUJUNG TAHUN.
SAUDARA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA JIKA SUDI DI ALAMAT
ufukfikir@gmail.com
SAYA SEDIH TANPA SAUDARA SEMUA.
TERIMA KASIH.
(DARMA MOHAMMAD)

Friday, November 17, 2006

MENCARI KEJERNIHAN JIWA



ORANG YANG BERJIWA BESAR

"Orang yang tidak percaya dan yakin kepada kebolehan diri sendiri tidak ada tempat di dalam lembaran sejarah orang-orang abadi, kerana peribadi mereka yang kaku dan sangsi itu telah menutup segala pintu dan jalan kepada kejayaan dan ketinggian."

-o-o-o-o-o-o-

"Hanya manusia yang berjiwa besar saja dapat menggunakan kesakitannya itu sebagai guru yang mengasuh jiwa dan mengailhamkan fikiran yang sihat dan pengertian yang mendalam terhadap hidup."

-o-o-o-o-o-o-o-

PETIKAN DARIPADA :

"MENCARI KEJERNIHAN JIWA"

OLEH

YUSOFF ZAKI YACOB

PENERBITAN DIAN DARULNAIM , 1988.

Friday, November 10, 2006

SINGING WITH A FISH [ 12 ]

LANTERN : A PROEM
i wish you to be, lantern
an emblem of the darkness. possibly
i could comprehend the meaning of cruelty within life.
i wish you to be, lantern
a torch by the pathway. possibly
i could choose the sense of generosity within speech.
-o-o-o-o-o-
by DARMA MOHAMMAD
kuala terengganu, 1978
[ Translated from Malay by the author. ]
The poem, LENTERA : SATU AWALAN (LANTERN : A PROEM) was published in
GEMA MEMBELAH GEMA 4, GAPENA, 1978.
This is the Malay version of the poem.
LENTERA : SATU AWALAN
aku mahu jadikan kau, lentera
tamsil antara gelap. kalau bisa
aku membaca erti kekejaman antara hidup.
aku mahu jadikan kau, lentera
pelita antara haluan. kalau bisa
aku memilih erti kebaikan antara ucapan.
oleh DARMA MOHAMMAD
kuala terengganu, 1978.