Tuesday, June 27, 2006

NOSTALGIA : KAU BERJALAN KALI INI


KAU BERJALAN KALI INI

kau berjalan kali ini
di atas kuntum duri
mimpi terasa cuka
di bawah langit kemarau
kau kehilangan burung
di tingkap siang

kau telah letih
dan duduk menatap langit jauh
mengharap pohon hujan di ufuk
datanglah bening ke rumah malammu
kau dididik bersama kesabaran
untuk menyalakan lantera
ke ubun-ubun hidup.

Pasir Mas, 1986. - DARMA MOHAMMAD

[Sajak di atas tersiar dalam majalah DEWAN SASTERA edisi APRIL 1986]

10 comments:

Poetry by Kai said...

nice pic

ufukhati said...

Thank you, kai.

Poetry by Kai said...

thanks

auntylela said...

:-)

ufukhati said...

halela:

Maknanya positif. Terima kasih.

Saya juga mula menulis haiku.
Tunggu!

Poetry by Kai said...

thanks

auntylela said...

menunggu haiku tuan di teratak tabir.

ufukhati said...

Saya akan paparkan di blog ini beberapa percubaan saya menulis haiku. Hanya percubaan!

auntylela said...

Saya tidak berani buat komen kalau haiku sdr dipaparkan di sini.

robbinshood said...

Hi! Just want to say what a nice site. Bye, see you soon.
»