Monday, April 07, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)



SETITIK HUJAN



Pada musim bunga, hujan gugur ke laut. Melihat laut yang begitu luas tiba-tiba setitik hujan itu berasa malu.

"Di mana kedudukan aku di tengah-tengah lautan luas ini? Aku sebenarnya sudah tidak ada lagi."

Dalam menyedari dirinya begitu hina, tiba-tiba tiram menariknya masuk ke pelukannya. Berlakukan takdir. Lama kelamaan titik hujan itu kemudiannya menjadi sebiji mutiara yang cantik.

Daripada keadaan hina, kini dia dipandang mulia. Dahulu dia berada di pintu kemusnahan, kini dia masih wujud.   

BUSTAN : Terjemahan teks Darma Mohamad.





Thursday, March 20, 2014

DARIPADA SA'DI (c.1210M - 1291M)




KEBIJAKSANAAN SANG KELDAI


Seorang lelaki menangis di tengah padang pasir kerana telah ditinggalkan
kafilahnya merintih, "Tidak ada yang lebih menderita daripada aku di tengah-tengah padang pasir ini."

Sang Keldai yang penuh dengan muatan di atas belakangnya berkata, "Wahai orang yang tidak berakal, selama mana engkau akan merintih tentang nasib engkau? Berjalanlah, engkau patut bersyukur kerana walaupun engkau tidak menunggang keldai, engkau bukan keldai yang ditunggangi manusia."

[BUSTAN : Terjemahan teks : Darma Mohammad.] 


Thursday, March 06, 2014

DARI SA'DI ( c.12010M - 1291M)


 
KUNANG-KUNANG
 
Pada malam kelam, tatkala anda berada di dalam taman; tentu anda dapat menangkap kerlipan cahaya sang kunang-kunang.
 
Seorang bertanya kepada kunang-kunang, "Kenapa engkau tidak berkelip pada siang hari?"
 
Dengan penuh bijaksana sang kunang-kunang berkata, "Aku lenyap di dalam cahaya matahari."
 
 
[Terjemahan bebas daripada Bustan : DARMA MOHAMMAD].

 


Monday, March 03, 2014

Teringat Hafez (c. 1320M  - 1389M)

 
HAFEZ : SEDUTAN [3]
 
 
Ikutlah lorong ini untuk bersatu dengan cinta.
Mampukah pena bisu ini mengungkap rahsia cinta?
 
[Terjemahan teks : DARMA MOHAMMAD]


Saturday, February 22, 2014

Teringat Hafez

 
Teringat Hafeez (2)
 
Doa dinihari, rintihan malam : kunci memasuki gerbang kasih.
Lalui jalan ini untuk bersatu dengan orang tercinta. 
 
 [Sedutan puisi Hafez : Terjemahan Darma Mohammad]

Monday, February 17, 2014

Teringat Hafez

Fajar yang lalu, aku berkisah kepada sang bayu, akan hasratku;
terdengar suara, "Amanlah engkau dalam nikmat kurnia Tuhan."  
 
[Maksud petikan ghazal Hafez]
 
 
 

Friday, February 07, 2014

PINTU DIBUKA SEMULA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
 
Alhamdulillah
Jumaat penghulu hari
saya berada di depan pintu ini
tertutup sekian lama.
Dengan kunci di jari
pintu dibuka semula.
Insya-Allah
mendapat reda Ilahi
dan mensyukuri nikmat-Nya.
 
******
DARMA MOHAMMAD

Friday, November 24, 2006

I NEED A BREAK

DEAR FRIENDS
I WON'T BE BLOGGING FOR THE REST OF THE YEAR.
YOU CAN KEEP IN TOUCH WITH ME IF YOU WISH ON
I MISS YOU ALL.
THANK YOU.
(DARMA MOHAMMAD)
ooo---ooo---ooo
SAUDARA
SAYA TIDAK DAPAT MENGEMAS-KINI BLOG INI
HINGGA KE HUJUNG TAHUN.
SAUDARA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA JIKA SUDI DI ALAMAT
ufukfikir@gmail.com
SAYA SEDIH TANPA SAUDARA SEMUA.
TERIMA KASIH.
(DARMA MOHAMMAD)

Friday, November 17, 2006

MENCARI KEJERNIHAN JIWA



ORANG YANG BERJIWA BESAR

"Orang yang tidak percaya dan yakin kepada kebolehan diri sendiri tidak ada tempat di dalam lembaran sejarah orang-orang abadi, kerana peribadi mereka yang kaku dan sangsi itu telah menutup segala pintu dan jalan kepada kejayaan dan ketinggian."

-o-o-o-o-o-o-

"Hanya manusia yang berjiwa besar saja dapat menggunakan kesakitannya itu sebagai guru yang mengasuh jiwa dan mengailhamkan fikiran yang sihat dan pengertian yang mendalam terhadap hidup."

-o-o-o-o-o-o-o-

PETIKAN DARIPADA :

"MENCARI KEJERNIHAN JIWA"

OLEH

YUSOFF ZAKI YACOB

PENERBITAN DIAN DARULNAIM , 1988.

Friday, November 10, 2006

SINGING WITH A FISH [ 12 ]

LANTERN : A PROEM
i wish you to be, lantern
an emblem of the darkness. possibly
i could comprehend the meaning of cruelty within life.
i wish you to be, lantern
a torch by the pathway. possibly
i could choose the sense of generosity within speech.
-o-o-o-o-o-
by DARMA MOHAMMAD
kuala terengganu, 1978
[ Translated from Malay by the author. ]
The poem, LENTERA : SATU AWALAN (LANTERN : A PROEM) was published in
GEMA MEMBELAH GEMA 4, GAPENA, 1978.
This is the Malay version of the poem.
LENTERA : SATU AWALAN
aku mahu jadikan kau, lentera
tamsil antara gelap. kalau bisa
aku membaca erti kekejaman antara hidup.
aku mahu jadikan kau, lentera
pelita antara haluan. kalau bisa
aku memilih erti kebaikan antara ucapan.
oleh DARMA MOHAMMAD
kuala terengganu, 1978.

Thursday, November 02, 2006

CIK SITI WAN KEMBANG

CIK WAN KEMBANG MENDAPAT "SITI"

CIK WAN KEMBANG memerintah Kelantan, bersemayam di Gunung Cinta Wangsa. Kemakmurannya tersebar luas dan ramai pedagang datang ke negeri ini.

******

Inilah bagaimana asal mula Cik Wan Kembang dikenali sebagai Cik SITI Wan Kembang

******

"Setelah Syahibul Asyraq mendengar hal itu maka masuklah is mengadap Cik Wan Kembang dengan membawa persembahan kain-kain perbuatan Terengganu yang cantik-cantik serta mahal harganya. Di dalam percakapannya dengan Cik Wan Kembang itulah Syahibul Asyraq berbahasa memanggil "Siti" kepadanya, kerana perkataan "Siti" itu bererti "tuan" (perempuan) yang layak digelarkan kepada seorang perempuan yang mula-mula jadi Raja pemerintah negeri. Sehingga terlekatlah dengan panggilan "Cik Siti" sampai ke merata-rata daerah terutama di sebelah hiliran negeri."

******

[ Petikan dari buku SEJARAH KELANTAN, karangan Arifin bin Abdul Rashid, Terbitan Pustaka Al-Ahliah, Kota Bharu, 1962, halaman19 ]

******

NOTA TAMBAHAN :

Cik Siti Wan Kembang dilantik menjadi Raja Perempuan Kelantan pada tahun 1610 M / 1018 H dan bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, di Ulu Kelantan. Ayahandanya ialah Sultan Ahmad (1548-1580) dan bondanya ialah Che' Banun. Sultan Ahmad meninggal tatkala Cik Wan Kembang berusia empat tahun. Oleh kerana Cik Wan Kembang masih kanak-kanak, pemerintahan diserahkan kepada Raja Husain, sepupu Che Banun (berasal dari Johor) dengan gelaran Sultan Husain Pemangku Raja (1580-1610). Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan mulai 1610-1677.

[ Sumber : Detik-Detik Sejarah Kelantan, Sa'ad Shukri bin Haji Muda, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 1971, halaman 34 ]

******
(PERINGATAN :Tulisan dalam blog ini hanya berkaitan dengan asal mula penggunaan SITI pada nama CIK SITI WAN KEMBANG sahaja. Ia tidak melibatkan penggunaan pada individu lain sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati.) <>

Friday, October 27, 2006

SINGING WITH A FISH [ 11 ]


PHRASE
typhoon ripped the jungle
twirled the butterflies
to dust
history lost its footprints
life turned unname
tombstones left unidentified
a drop of blood
is faded
at the corner of the
fallen leaf.
-o-o-o-o-o-o-
by
DARMA MOHAMMAD
[Translated from Bahasa Melayu by the author.]
The poem FRASA (PHRASE) is taken from a poetry book
GEMA MEMBELAH GEMA 6,
published by GAPENA in 1981.
The Bahasa Melayu version of the poem reads :
-o-o-o-o-o-o-
FRASA
taufan membelah rimba
memutarkan rama-rama
sehingga berdebu
sejarah kehilangan jejak
hidup tak bernama lagi
nesan tak bertanda
ada setitik darah
yang luntur
di sudut sehelai daun
yang gugur.
-o-o-o-o-o
Oleh
DARMA MOHAMMAD