Sunday, May 14, 2006

BURUNG YANG PATAH KEDUA SAYAPNYA

Aku terkenang-kenang kisah ini. Banyak orang telah membacanya. Burung itu adalah satu unsur sahaja dalam kisah ini. Ada unsur lain yang lebih menunjang. Kisah ini tinggal sebuah kisah; jika kita membaca sekadar huruf-hurufnya. Sampai ke titik ini, kita mesti mencari takrif sebenar "membaca". Adakah "membaca" hanya sekadar menggerak-gerakkan alat pertuturan berdasarkan aksara (bahan tulisan) di depan mata?

Diolah kembali tanpa mengubah maksud asal kisah ini:

[Ditanya oleh Ibrahim Adham : Apa yang membawa kamu ke sini? (di Mekah). Jawab Syaqiq al-Bakhi : Aku berjalan-jalan di tanah lapang dan didapati seekor burung yang patah kedua sayapnya. Aku kata kepada diriku : Aku nak lihat dari mana datangnya rezeki burung itu. Aku duduk beralaskan sepatu. Tiba-tiba aku lihat seekor burung lain datang memasukkan belalang ke mulut burung yang kepatahan sayap tadi. Hatiku berkata: Sesungguhnya, Tuhan yang menetapkan perlakuan ke atas burung ini kepada burung yang satu lagi....Maka aku pun meninggalkan berpenat lelah...
Ibrahim bertanya lagi :Mengapa tidak anda mencontohi burung yang sihat yang memberi makan burung yang sakit supaya anda menjadi lebih utama daripadanya? Tidakkah anda pernah dengar sabda Nabi s.a.w. :"Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah." Mendengar ucapan itu, Syaqiq mencium tangan Ibrahim seraya berkata : Engkau adalah guru kami, wahai Abu Ishaq.]

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

4 comments:

wan a. rafar said...

Itulah kekuasaan Allah. Allah nak tunjukkan bahawa dialah pemberi rezeki. Makhluk tak usah risau, walau di mana dia berada atau dalam keadaan apa sekali pun. Tetapi makhluk harus (baca:wajib)risau tentang iman. Iman tidak dijamin oleh Allah. Ia boleh turun naik, atau tercabut bila-bila masa. Ahli ibadat yang hebat pun tidak dijamin imannya. Contoh: tengok apa yang berlaku pada Barsisa atau Bal'am.

ufukhati said...

Saranan anda benar sekali.

Luthfi said...

terima kasih telah mengunjungi blog saya. salam kenal kembali, tetap berkarya dalam dunia kata.....

ufukhati said...

Sdr.luthfi
Saya memanfaatkan tulisan sdr.
Terima kasih kembali.