Thursday, May 11, 2006

NOSTALGIA : MENCARI-MU

mencari-Mu

tatkala petir terputus dari busurnya
aku mencari-Mu. aku tak tahan menahan ribut
berderap di celah dinding.

langit cengkung seakan runtuh menimpa pintu
aku mencari-Mu di dalam diri dan duduk berdoa.

sewaktu petir menghentakkan jeritanya lagi
aku semakin rapat. terasa sebuah kubah menyerkup
tubuhku. dan kulihat ruam di langit hilang bintiknya.

Darma Mohammad

(Sajak di atas dipetik daripada majalah Dewan Sastera, Januari 1989)

1 comment:

auntylela said...

"tak tahan menahan", saya telitikan teknik sdr menulis.
Hanya penulis yang berkaliber saja dapat menulis dua perkataan yang sama berdekatan seperti ini.
Ambillah orang mediocre seperti saya, jika saya tulis begitu, mesti ada yang cuba memperbaikinya.
*sigh*